Kami akan berusaha kembalikan Tun Mahathir sebagai PM tanpa berharap sokongan PH

Khairuddin Abu Hassan

كامي اكن بروسها كمباليقن تون محضير سباڬاي ڤي عيم تنڤا برهارڤ سوكوڠن ڤه

Sesungguhnya, kami amat menghormati pandangan Lim Guan Eng dan Fahmi Fadzil
mengenai isu Tun Dr Mahathir Mohamad kemungkinan balik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali ketiga.

Secara jujur dan ikhlas kami tidak perlukan sokongan PH untuk Tun Dr Mahathir Mohamad balik sebagai Perdana Menteri kali ketiga kerana pendirian PEJUANG serta GERAKAN TANAH AIR (GTA) jelas tidak akan berada sebagai ‘coalition’ dalam PH.




Sebagai lumrahnya sekiranya PEJUANG atau GERAKAN TANAH AIR (GTA) tidak bersama PH sudah pastilah mereka tidak akan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Hakikatnya, apa pun pemimpin-pemimpin PH adalah kalangan yang cepat lupa sejarah.

Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersama PH pada PRU14 yang lepas semua mereka tidak akan merasa nikmat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Sejak tahun 1999 Anwar Ibrahim bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi gagal.

Tetapi ketika Anwar Ibrahim masih merengkuk dalam  penjara di saat kita menghadapi PRU14 di mana Tun Dr Mahathir Mohamad mengepalai PH telah berjaya menumbangkan kerajaan BN buat pertama kalinya.

Tanpa penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PH pada waktu itu jangan mimpi pembangkang akan berjaya untuk menumbangkan UMNO serta BN pada PRU14.

Tidak ada siapa yang dapat memadamkan fakta ini.

Loading...

Pemimpin-pemimpin PH jangan terlalu selesa dan ‘over confident’ kini.

Jangan lupa PH tewas teruk dalam PRN Melaka, Sarawak dan Johor dan ‘trend’ keputusan ini akan kekal pada PRU15 kelak.

Majoriti rakyat Malaysia telah hilang keyakinan dengan PH pada hari ini kerana mereka ini sudah menggadaikan prinsip perjuangan.

Rakyat amat marah bila PH sanggup memeterai perjanjian ‘confident & supply’ (CSA) dengan kerajaan yang ditunjang oleh UMNO.

Keseluruhan pengundi juga amat kecewa dengan rundingan sulit Anwar Ibrahim dengan Zahid Hamidi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Inilah sikap buruk dan curang Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa saja demi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Perjuangan Anwar Ibrahim hanyalah untuk memertabatkan dirinya menjadi Perdana Menteri semata-mata.

Kenyataan Anthony Loke yang menzahirkan bahawa DAP sanggup bekerjasama dengan UMNO sesuatu yang mengecewakan ramai pengundi akar umbi.

Yang kekal berprinsip hanyalah pemimpin-pemimpin parti PEJUANG yang sehingga kini tidak sanggup memeterai apa saja perjanjian dengan kerajaan yang ditunjang oleh UMNO.

Sehingga kini, pemimpin-pemimpin PEJUANG terus kekal berprinsip dan tidak pentingkan kepentingan material sepertimana pemimpin-pemimpin PH.

Semua Wakil Rakyat PEJUANG sanggup hilang jawatan ataupun kepentingan wang ringgit demi berpegang erat kepada prinsip tidak bekerjasama dengan puak kleptokrats.

Maruah PH pada hari ini tercalar teruk kerana pemimpin-pemimpinnya kelihatan mementingkan kepentingan peribadi.

Pada hemat peribadi saya PH akan kehilangan banyak kerusi-kerusi pada PRU15 sepertimana yang berlaku dalam tiga pilihanraya negeri.

Kini PEJUANG dan GERAKAN TANAH AIR (GTA) menolak kerjasama secara jelas dengan Anwar Ibrahim dan DAP mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada orang-orang melayu serta kaum-kaum lain juga.

Malahan, ramai daripada masyarakat cina juga sedang menolak parti DAP kerana sikap angkuh pemimpin-pemimpin mereka ketika berada dalam kerajaan Persekutuan selama dua puluh dua bulan selepas PRU14 dahulu.

Ramai daripada warga korporat dan golongan peniaga tidak selesa dengan sikap angkuh beberapa pemimpin-pemimpin DAP ketika menjawat jawatan menteri kabinet.

Persepsi orang ramai dan senario sokongan para pengundi terhadap PH kini sudah berubah dibandingkan sewaktu PRU14 yang lepas.

Insya-Allah, kami akan melangkah masuk dalam gelanggang PRU15 sebagai ‘under dog’ dan akan bertungkus-lumus untuk memperolehi keputusan cemerlang hingga dapat menawan Putrajaya. Ameen.

Dalam iklim politik hari ini pemimpin-pemimpin PH jangan selesa sangat serta terlalu yakin mereka dapat mengulangi kecemerlangan sepertimana pada  PRU14 kerana kali ini mereka tiada lagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik sokongan orang-orang melayu kepada Pakatan Harapan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...