‘Kami dulu korban demi rakyat, sekarang ada pengerusi GLC dapat sampai satu juta sebulan, saya rasa melampau’ – Tengku Razaleigh

Menurut Tengku Razaleigh, beliau terus mengamalkan sikap tidak ingin menerima sebarang bayaran atau kemudahan ketika dipelawa memimpin syarikat-syarikat sebesar Pernas. Sumber (gambar): TTF

ءكامي دولو كوربن دمي رعيت، سكارڠ اد ڤڠروسي ڬلچ داڤت سمڤأي ساتو جوت سبولن، ساي راس ملمڤاوء – تڠكو غزالياغ

Tengku Razaleigh Hamzah tidak ingin menerima sebarang bayaran ketika menjadi Pengerusi dan Ketua Exekutif Petronas antara 1974 -1976, kerana menganggap tugasan itu sebagai “national service,” atau “perkhidmatan kepada masyarakat dalam sebuah negara yang membangun.”

“Saya diberi penghormatan untuk memimpin sebuah badan yang begitu besar pengaruhnya di ketika minyak menjadi masalah dunia, (jadi) saya rasa biarlah saya berkorban, saya rela menyumbangkan apa juga buah fikiran dan tenaga saya secara percuma kepada negara,” Tengku Razaleigh memberitahu.

“Saya dengar khabar, pengerusi-pengerusi syarikat GLC sekarang (terima) satu juta sebulan, saya rasa melampau, otak macam mana saya tak tahulah.

“Saya rasa, pemimpin-pemimpin kita dulu lebih memikir soal rakyat.”

Dalam wawancara bersama Sinar Harian, Tengku Razaleigh berkata, kalau Perdana Menteri pada ketika itu boleh menerima gaji serendah tiga ribu lebih sebulan untuk memimpin negara, beliau tidak merasakan perlu untuk dirinya dibayar setelah diberikan penghormatan yang begitu besar untuk memimpin Petronas.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Saya diberi penghormatan untuk memimpin sebuah badan yang begitu besar pengaruhnya di ketika minyak menjadi masalah dunia, (jadi) saya rasa biarlah saya berkorban, saya rela menyumbangkan apa juga buah fikiran dan tenaga saya secara percuma kepada negara,” Tengku Razaleigh memberitahu.

Sepintas lalu, Tengku Razaleigh merupakan pengasas Petronas dan pertama kali mencadangkan penubuhan syarikat minyak dan gas multinasional itu ketika bertemu dengan bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya’kub.

Peristiwa itu dikatakan berlaku pada 1971, dan berdasarkan maklumat yang diterima, Tengku Razaleigh kemudian dipertanggungjawabkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk merangka draf Akta Pembangunan Petroleum bersama-sama rakan sekutunya sebelum pilihan raya umum Malaysia 1974.

Rahman kemudiannya diberitahu oleh Tengku Razaleigh bahawa royalti minyak sebanyak 5 peratus telah dicadangkan buat negeri-negeri pengeluar minyak. TTF difahamkan bahawa perkara ini telah dipersetujui oleh Rahman sendiri.

Menurut Tengku Razaleigh, beliau terus mengamalkan sikap tidak ingin menerima sebarang bayaran atau kemudahan ketika dipelawa memimpin syarikat-syarikat besar seperti Pernas (sebagai Pengerusi Eksekutif) dan Malaysian National Insurance.

“Saya dah ada kereta, sendiri ada driver, ada semua, saya tak perlu kepada kemudahan-kemudahan lain. Saya kata biarlah saya menjalankan tugas saya mengikut kemampuan saya.

“Sampai sekarang itulah sikap saya. Pemimpin-pemimpin di ketika itu sanggup berkorban, padahal, Tengku Abdul Rahman boleh minta lebih dairpada tiga ribu lebih sebulan, atau Tun Razak, tiga ribu juga.

Loading...

“Dia orang korban lebih daripada kita semua, siang malam dan sebagainya, tetapi dia sanggup terima itu sahaja, berbanding dengan sekarang.

“Saya dengar khabar, pengerusi-pengerusi syarikat GLC sekarang (terima) satu juta sebulan, saya rasa melampau, otak macam mana saya tak tahulah.

“Saya rasa, pemimpin-pemimpin kita dulu lebih memikir soal rakyat.”

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...