‘Kami kecam sebarang usaha jahat pecat Mahathir, Mukhriz’

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Kedah, semua pihak berpegang kepada prinsip perjuangan yang mulia, amanah dan menyokong Perlembagaan Bersatu serta menyantuni hasrat ahli akar umbi demi kesejahteraan parti. Sumber (gambar): Fail TTF

ءكامي كچم سبارڠ اوسها جاهت ڤچت محضير، مخريزء

Beberapa Ketua Bahagian Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kedah sepakat menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Mejar Anuar Abdul Hamid berkata, mereka turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu negeri itu.

“Kami kesal dengan tindakan individu tertentu termasuk sebilangan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang dalam keghairahan menyatakan sokongan terhadap Presiden Bersatu dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sanggup mengusulkan cadangan memecat Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Kedah.

“Kami mengecam sebarang usaha jahat untuk memecat Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz. Muslihat dan desakan untuk menyingkir kedua-dua pengasas Bersatu ini sangat tidak beretika dan harus ditentang,” katanya.


ALOR SETAR: Beberapa Ketua Bahagian Parti Bersatu Malaysia (PPBM) di Kedah sepakat menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Mejar Anuar Abdul Hamid berkata, mereka turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu negeri itu.




Menurutnya yang juga Ketua Bahagian Bersatu Merbok, kepimpinan mereka di peringkat pusat dan negeri adalah sah dari segi Perlembagaan Bersatu dan tidak wajar dipertikaikan.

“Kami kesal dengan tindakan individu tertentu termasuk sebilangan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang dalam keghairahan menyatakan sokongan terhadap Presiden Bersatu dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sanggup mengusulkan cadangan memecat Tun Mahathir sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu turut disertai Ketua Bersatu Bahagian Kubang Pasu,Datuk Amiruddin Hamzah; Ketua Bersatu Bahagian Alor Setar, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat; Ketua Bersatu Bahagian Kulim-Bandar Baharu,

Datuk Azimi Daim; Ketua Bersatu Bahagian Pokok Sena, Muhammad Amri Wahab; Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Jerlun, Datuk A Aziz Mohamud dan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Langkawi, Shukor Bahari.

Anuar berkata, semua pihak harus ingat bahawa ketika tercetusnya kemelut kepimpinan, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menolak peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Pengerusi.

Jelasnya, susulan perjumpaan dengan pimpinan parti, Tun Mahathir akhirnya telah menghormati rayuan Majlis Pimpinan Tertinggi supaya beliau kekal sebagai Pengerusi parti tersebut.

“Selayaknya Tun Mahathir kekal menerajui Bersatu sebagai Pengerusi, jawatan yang dipertahankan tanpa dicabar semasa pencalonan pemilihan jawatan-jawatan tertinggi parti.

Loading...

“Kami mengecam sebarang usaha jahat untuk memecat Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz. Muslihat dan desakan untuk menyingkir kedua-dua pengasas Bersatu ini sangat tidak beretika dan harus ditentang,” katanya.

Menurut Anuar lagi, semua pihak berpegang kepada prinsip perjuangan yang mulia, amanah dan menyokong Perlembagaan Bersatu serta menyantuni hasrat ahli akar umbi demi kesejahteraan parti.

“Kami amat berharap kemelut kepimpinan Bersatu dapat diselesaikan dengan tuntas dan bijaksana, yang bersendikan akhlak mahmudah bagi meletakkan semula perjuangan kesemua ahli di landasan yang lurus dan bertepatan dengan cogankata parti iaitu Bersatu, Beramanah, Bermaruah.

“Hanya dengan menolak pengkhianatan dan kembali menyokong perjuangan yang berintegriti dan bermaruah, Bersatu akan dihormati dan disanjungi oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...