Kampung Baru: Sikap Khalid Samad mencerminkan ketidakikhlasan Kerajaan Pakatan Harapan

Rosdzaman menyeru agar kerajaan bersifat lebih terperinci dan terbuka berhubung rancangan membangunkan kawasan Kampung Baru memandangkan ianya melibatkan sensitiviti masyarakat Melayu-Islam. Sumber (gambar): TTF

Menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato Haji Mohd Yusup, Khalid Abdul Samad seharusnya berusaha gigih menetapkan nilai yang bersesuaian dan bertepatan dengan kadar terkini harga tanah di Kampung Baru daripada melepaskan tanggungjawab kepada pihak lain.

“Yang beiya-iya nak bangunkan Kampung Baru Kerajaan Malaysia. Kemudian, bila diminta tawarkan harga pasaran RM2,000 sekaki persegi, DPMM pula yang disuruh mencari pembida atau membeli tanah tersebut.

Menurut Rosdzaman, sikap Khalid nyata mencerminkan ketidakikhlasan Kerajaan Pakatan Harapan dalam membantu masyarakat Melayu-Islam memandangkan pihak yang menimbulkan persoalan ataupun memberi cadangan sentiasa diperlekeh.

“Bukan DPMMyang cadang bangunkan tanah itu YB, yang cadangkan pihak engkau. Tapi pihak engkau ini bukannya tahu buat kerja.

“Kemudian, bila tak tahu buat kerja, engkau memanda-mandai memperlekeh cadangan bernas pihak yang prihatin. Menteri macam mana ni?”


SUBANG JAYA: Khalid Abdul Samad seharusnya berusaha gigih menetapkan nilai yang bersesuaian dan bertepatan dengan kadar terkini harga tanah di Kampung Baru daripada melepaskan tanggungjawab kepada pihak lain.

Demikian menurut Pengerusi Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato Haji Mohd Yusup, ketika mengulas kenyataan Khalid terkini yang meletakkan tugas mendapatkan bidaan yang lebih tinggi kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).




“Yang beiya-iya nak bangunkan Kampung Baru Kerajaan Malaysia. Kemudian, bila diminta tawarkan harga pasaran RM2,000 sekaki persegi, DPMM pula yang disuruh mencari pembida atau membeli tanah tersebut.

“Ini bukan tanggungjawab DPMM. Ini tanggungjawab Khalid sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk memastikan hak pemilik tanah dipelihara dan tuan punya tanah tidak diaibkan, tidak tertipu.

Pada 24 September lalu, DPMM melalui Setiausaha Agungnya, Amirhamzah Karim meminta kerajaan mempertimbangkan alternatif tanah rizab Melayu di Kampung Baru daripada pemilik masing-masing daripada membelinya di bawah harga pasaran.

Amirhamzah dipetik sebagai berkata, langkah itu bagi menjamin warisan tanah itu kekal dalam pemilikan kaum asal seperti diamalkan oleh negara maju, termasuk Singapura.

Beliau turut mempertikaikan harga RM859 sekaki persegi yang ditawarkan kerajaan sambil menambah ia dikatakan melebihi RM2,000 sekaki persegi.

Mengulas perkara ini, Khalid berkata permintaan itu sambut baik kerana pihaknya terbuka terhadap sebarang tawaran yang tinggi nilainya berbanding RM850 sekaki persegi dibuat kerajaan ketika ini.

“Saya menyambut baik pandangan Setiausaha Agung DPMM bahawa harga yang sepatutnya bagi tanah Kampung Baru adalah RM2,000 sekaki persegi dan bukannya RM850 sebagaimana kami tawarkan.

Loading...

“Saya berharap pandangan ini adalah pandangan kolektif DPMM sendiri dan ianya berdasarkan penilaian yang dilakukan secara profesional.

“Sehubungan itu, saya mengalu-alukan sekiranya DPMM mengusahakan agar tanah di Kampung Baru dibeli dengan harga RM2,000 sekaki persegi itu. Saya yakin berdasarkan penilaian profesional dilakukan, DPMM akan mampu mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan untuk menjayakan pembelian ini.

Menurut Rosdzaman, sikap Khalid nyata mencerminkan ketidakikhlasan Kerajaan Pakatan Harapan dalam membantu masyarakat Melayu-Islam memandangkan pihak yang menimbulkan persoalan ataupun memberi cadangan sentiasa diperlekeh.

“Bukan DPMM yang cadang bangunkan tanah itu YB, yang cadang tu pihak engkau. Tapi pihak engkau ini bukannya tahu buat kerja.

“Kemudian, bila tak tahu buat kerja, engkau memanda-mandai memperlekeh cadangan bernas pihak yang prihatin. Menteri macam mana ni?”

Rabu lepas, Rosdzaman menyeru agar kerajaan bersifat lebih terperinci dan terbuka berhubung rancangan membangunkan kawasan Kampung Baru memandangkan ianya melibatkan sensitiviti masyarakat Melayu-Islam.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan beri tumpuan dulu terhadap usaha membangunkan kawasan-kawasan Chow Kit dan Petaling Street yang masih menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing.

“Tempat-tempat ini jadi sarang maksiat, mengapa tak beri tumpuan kat situ?

“Di Pulau Pinang pula, saya diberitahu oleh Raggie (Jessy Rithaudeen) bahawa penjaja-penjaja Cina di kawasan Chai Leng Park, Penang Road dan kawasan berdekatan dengan Sunway Hotel dekat Komtar ‘bermaharajalela’, buat semak di jalan-jalan utama.

“Kenapa tak uruskan kawasa-kawasan ini sedangkan gerai-gerai Melayu di tepi jalan yang langsung tidak mengganggu lalulintas di Pulau Pinang banyak diroboh?”

GERAKAN BANGSA NASIONAL


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...