Kantoi lagi – Memang kurang cerdik Zahid Hamidi ni…

Raggie Jessy Rithaudeen

كنتوءي لاڬي – كورڠ چرديق زاهيد حميدي ني…

Memang kurang cerdik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ni…

Mula-mula, Zahid mendakwa Barisan Nasional “sanggup meredah banjir” untuk berkempen sekiranya parlimen bubar akhir tahun ini.




Kemudian, Tan Sri Annuar Musa memberi muka kepada Zahid dan mendakwa kenyataan Zahid disalah-tafsir.

Menurut Annuar, maksud sebenar Zahid adalah Barisan Nasional sudah sedia bila-bila masa untuk hadapi PRU15, dan kenyataan “sanggup meredah banjir” hanyalah untuk menunjukkan tahap kesediaan Barisan Nasional.

Baiklah, saya bersangka baik dan terima penjelasan Annuar.

Namun, sehari selepas itu, Zahid mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum 1999 diadakan pada bulan November.

Ini bermakna, beliau benar-benar “sanggup meredah banjir” untuk berkempen dan setuju pilihan raya diadakan biarpun di musim tengkujuh.

Ini mengingatkan lagi keyakinan saya bahawa keperitan dan kesengsaraan hidup rakyat menjadi soal kedua dalam usaha terdesak Zahid mengadakan PRU awal tanpa sebarang sebab munasabah.

Alasan Zahid berhubung perlunya Pilihan Raya awal sentiasa berubah-ubah, dan perkara ini telah saya buktikan menerusi terbitan di bawah ini:

Loading...

ENAM BULAN, EMPAT ALASAN BERCANGGAH ZAHID HAMIDI

Memang pakar kantoikan diri sendiri Zahid ni…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...