“Sumber dari Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa Pegawai Khas Menteri Penddikan telah meminta semua ketua unit pembangunan di Jabatan Pendidikan Negeri (PPD) mengeluarkan arahan kepada semua pegawai pembangunan di PPD dan pihak pentadbir sekolah untuk membuat ucapan terima kasih kepada Menteri Pendidikan menerusi media sosial kerana berjaya ‘menyelesaikan’ masalah sekolah daif”
THE THIRD FORCE
Pada 2hb Mac 2018, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah bersama-sama sertai satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS (ringkasnya, Projek Sekolah Daif, atau PSD) di Semenanjung Malaysia di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Yang Berbahagia Dato’ Sri Zohari bin Hj. Akob dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md Taha serta barisan pegawai – pegawai kanan Jabatan Kerja Raya peringkat Cawangan, Negeri dan Daerah.

Majlis tersebut adalah susulan dari Pembentangan Bajet 2018 oleh Yang Amat Berbahagia Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang membangkitkan bahawa terdapat hampir dua (2) ribu sekolah di seluruh negara yang berada dalam keadaan daif seperti bumbung bocor, lantai rosak, dinding berlubang dan peralatan yang sudah lama tidak berganti.
Menurut Najib, kerajaan bersetuju memperuntukkan dana sebanyak RM2.5 billion untuk tujuan membaik pulih sekolah daif bagi tempoh dua (2) tahun iaitu 2018 (Fasa 1) dan 2019 (Fasa 2) dengan pecahan RM500 juta bagi sekolah-sekolah daif di Semenanjung Malaysia, RM1 billion di Negeri Sabah dan RM1 billion di Negeri Sarawak.

Walaubagaimanapun, perlaksanaan projek-projek tersebut tergendala sebentar berikutan kekalahan Barisan Nasional di Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) pada 9hb Mei 2018 yang menyaksikan tertubuhnya kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengaruh DAP.
Pada 21hb Mei 2018, Dr Mahathir melantik ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baru sebelum melantik Ahli Parlimen PKR dari Selangau, Baru Bian, sebagai Menteri Kerja Raya.
Perlantikan Baru Bian berkuatkuasa 2hb Julai 2018.
Sebaik selepas perlantikan-perlantikan tersebut selesai, PSD disambung semula tetapi menemui pelbagai masalah akibat dari kelewatan kerajaan pusat menyalurkan peruntukan-peruntukan sepertimana yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional terdahulu.
Pada 4hb Disember 2018, penemuan Audit yang dilakukan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap projek berkenaan mendapati ianya gagal mencapai objektif apabila hanya 118 atau 22.1 peratus berjaya disiapkan mengikut jadual asal setakat 22 Oktober 2018, manakala baki 416 (77.9 peratus) mengalami kelewatan.
“Projek ini diteruskan tahun lalu di seluruh negara meliputi 120 sekolah dengan siling peruntukan RM271 juta. Siling peruntukan 2018 dan 2019 berjumlah RM2.5 bilion untuk 394 sekolah pada 2018, namun untuk 2019 belum dimuktamadkan,” menurut JAN.
Laporan yang dikeluarkan JAN begitu mencalar reputasi Maszlee sehingga pegawai khas beliau tergamak menghantar satu pesanan menerusi WhatsApp kepada semua ketua unit pembangunan di Jabatan Pendidikan Negeri (PPD).
Dalam pesanan tersebut, ketua-ketua unit diminta mengeluarkan arahan kepada semua pegawai pembangunan di PPD dan pihak pentadbir sekolah agar membuat ucapan terima kasih kepada Menteri Pendidikan menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya kerana berjaya ‘menyelesaikan’ masalah sekolah daif.

Tindakan pegawai tersebut sekaligus menimbulkan persoalan samada ianya atas arahan Menteri Pendidikan ataupun dilakukannya atas inisiatif sendiri.
Terdahulu, Maszlee dibelunggu dengan pelbagai kritikan dari luar dan dalam Pakatan Harapan, termasuklah kritikan oleh rakyat jelata atas keputusannya untuk memaksa pelajar-pelajar sekolah memakai kasut hitam berkuat kuasa tahun 2021.
Apa pun, kami di TTF mengucapkan tahniah setinggi-tinggi tahniah kepada Maszlee kerana begitu daif sehingga sanggup dipuji atas satu inisiatif yang dimulakan oleh bekas Menteri Pendidikan Negara, Dato’ Seri Mahadzir Khalid.
Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.
FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:
Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter
The Third Force on Twitter
Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook
TowardsGE15 on Facebook
Gagasan Tiga (G3) on Facebook
The Third Force (Telegram)
