“Najib dan Zahid dipersilakan menafikan pendedahan ini, termasuk desakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor agar Najib kembali sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO”
Raggie Jessy Rithaudeen
كنتوءي: رانچڠن تيڬ فاسا زاهيد-نجيب، دسقن روسمه
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Akar umbi UMNO sudah meluat dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak lagi peduli samada UMNO kekal dalam kerajaan atau menarik sokongan terhadap kerajaan.
Mereka sudah menerima hakikat bahawa perjuangan Najib dan Zahid hanya untuk menyelamatkan tengkuk masing-masing dan tidak ada kaitannya dengan perjuangan penyatuan ummah atau Agama, bangsa dan negara.
Malah, satu Malaysia sedar bahawa Najib dan Zahid memperdaya akar umbi selama ini dengan dakwaan kononnya penglibatan UMNO dengan kerajaan hanya sekadar penglibatan ahli-ahli parlimen, tidak lebih dari itu.
Jadi UMNO terlibat dengan blok kerajaan?
Masih tak nampak lagi?
Semalam, Datuk Seri Khaled Nordin memberitahu bahawa UMNO terlibat dalam pembentukkan gabungan PN dan mempunyai hak dan tugas untuk memastikan pemimpinnya melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Bukankah ini pengakuan dari seorang yang bergelar naib presiden bahawa UMNO menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada blok kerajaan?
Selama ini, kita didendangkan dengan retorik kononnya penglibatan UMNO dengan kerajaan hanya sekadar penglibatan ahli-ahli parlimen.
Tetapi bukankah Zahid terlibat secara langsung dengan Langkah Sheraton atas dasar kerjasama meilbatkan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional?
Ahli-ahli parlimen dari UMNO turut membawa suara parti apabila membuat tuntutan dan ugutan untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan.
Bukankah ini petanda paling jelas UMNO terlibat secara langsung dalam kerajaan?
Jadi kenapa Najib asyik menuding jari terhadap kerajaan?
Inilah yang dinamakan propaganda.
Semuanya melibatkan rancangan tiga fasa yang pernah saya ceritakan dahulu yang menjadi teras kepada perjuangan kluster mahkamah untuk kembali menerajui kerajaan.
Fasa pertama melibatkan sekongkol dengan PAS, Datuk Seri Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.
Fasa kedua melibatkan ‘penolakan’ terhadap ‘pengaruh’ Azmin dalam kerajaan dan sebab-sebab lain yang digunakan sebagai alasan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional.
Kita melihat perkara ini terjadi tidak lama selepas Langkah Sheraton.
Fasa terakhir ialah percubaan untuk menumbangkan kerajaan gandingan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional agar Pilihan Raya Umum ke-15 dapat dicetuskan.
Najib dan Zahid tahu UMNO tidak akan memenangi Pilihan Raya tersebut.
Tetapi mereka yakin UMNO akan menang lebih banyak kerusi daripada PPBM dan PAS dan mampu menguasai kerajaan jika UMNO menyertai Perikatan Nasional selepas Pilihan Raya dan jika parti-parti dari Sabah dan Sarawak turut serta.
Kenapa rancangan ini tidak berjaya?
Sebab:
1. Zahid tidak jangka PAS akan merapati Muhyiddin selepas Langkah Sheraton dan menyertai Perikatan Nasional secara rasmi.
2. Zahid tidak jangka Najib akan dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
3. Kedua-dua Najib dan Zahid tidak jangka PPBM dan UMNO akan bergelut untuk jawatan Ketua Menteri Sabah sehingga tercetus Pilihan Raya Negeri.
4. Kedua-dua Najib dan Zahid tidak jangka wabak Covid-19 akan menggila selepas Pilihan Raya Negeri Sabah menyebabkan rakyat meluat dengan UMNO dan PPBM.
Seandainya Najib didapati tidak bersalah, Zahid akan cuba mencetuskan pembubaran parlimen menerusi pengunduran tujuh atau lapan ahli parlimen (pada ketika itu) dan menamakan Najib sebagai calon Perdana Menteri.
Saya difahamkan, Zahid dan Najib terlalu yakin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendapati Najib tidak bersalah kerana mereka berpendapat Muhyiddin terlalu lemah dan terdesak untuk mengekalkan kuasa sebagai Perdana menteri dan akan membantu Najib.
Najib dan Zahid tersilap catur?
Ya.
Muhyiddin tidak sekali-kali akan memaafkan Najib atau tunduk pada kehendak Najib kerana Najib memecatnya dari UMNO dan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, sekaligus mencantas peluang Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri mewakili UMNO dan Barisan Nasional.
Jika Muhyiddin berjaya mencetuskan EGM sebelum tamat Darurat dan jika proksinya berjaya menggantikan Zahid sebagai presiden UMNO, sudah pasti Muhyiddin akan membawa UMNO masuk menyertai Perikatan Nasional atau menggabungkannya terus dengan PPBM tanpa penglibatan Najib sebagai pemimpin bersama.
Malangnya, kemungkinan untuk diadakan EGM amat tipis kerana angka Covid-19 masih menggila dan kadar kematian disebabkan wabak Covid-19 terlalu tinggi.
Justeru, jika ada tanda-tanda Darurat akan tamat dalam masa terdekat atau jika Darurat tidak dilanjutkan, Muhyiddin tidak keberatan berundur bagi membolehkan pembentukkan kerajaan baharu dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 atau Perdana Menteri Interim.
Muhyiddin tidak rugi apa-apa kerana beliau sudahpun menjadi Perdana Menteri, peluang yang dirampas daripadanya oleh Najib pada tahun 2015 menerusi pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Adakah Najib dan Zahid sedar mereka sudah kalah?
Kita sudah lama mendengar cerita kononnya ahli-ahli parlimen dari UMNO akan menarik diri dari kerajaan.
Hakikatnya, sebahagian besar ahli-ahli parlimen ini tidak lagi mengendahkan kata-kata Najib atau Zahid dan akan terus kekal dalam kerajaan sehingga mereka sendiri merasakan sudah tiba masanya untuk berundur.
Najib dan Zahid pula sedang bersandiwara dan akan cuba menarik masa sepanjang mana yang mungkin.
Mereka berpura-pura memiliki pengaruh dalam UMNO kerana percaya Muhyiddin akan cemas dan memasuki perjanjian dengan mereka.
Malangnya, Muhyiddin dapat bau helah mereka dan tidak gentar untuk memecat orang Najib sendiri, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Ini bermakna:
1. Muhyiddin sedar Zahid dan Najib tidak ada pengaruh dalam UMNO, dan
2. Muhyiddin tidak akan membenarkan Najib atau orang-orang Najib (Tajuddin) memanjat kepalanya dan tidak keberatan untuk memberi laluan kepada Mahathir untuk kembali menerajui kerajaan sekiranya tiada pilihan.
Kesimpulannya, pemecatan Tajuddin merupakan satu tamparan hebat kepada Najib dan bukti Najib dan Zahid tersilap catur lagi.
Mungkin juga Najib dipengaruhi oleh desakan dari isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang inginkan Najib kembali sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO secepat mungkin.
WAJIB BACA:
