KANTOI – ZAHID CUBA PASANG ‘JERAT’ BUAT TUN MAHATHIR TAPI TERJERAT DIRI SENDIRI

Raggie Jessy Rithaudeen

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam cuba ‘menjerat’ Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan kononnya kerjasama Barisan Nasional dan DAP dilakukan sebagai mencontohi ‘teladan’ yang pernah dilakukan oleh Mahathir.

Namun, logik yang digunakan oleh Zahid terlalu cacat dan akhirnya menjerat diri sendiri.




Menurut Zahid, jika Dr Mahathir boleh ‘berpelukan’ dengan DAP sewaktu Pakatan Harapan (PH) bergelar kerajaan setelah menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kenapa tidak BN/UMNO sekarang tidak boleh melakukan tindakan sama.

Izinkan saya untuk menjelaskan di sini betapa cacatnya logik Zahid ini dan betapa dangkalnya pemikiran Timbalan Perdana Menteri kita:

Artikel bersambung di bawah video ini yang menceritakan perkara sama:

1.     Jika esok, Mahathir berkata “semua perlu pakai seluar dalam sahaja di tempat kerja,” adakah Zahid akan memakai seluar dalam sahaja ke pejabat kerana “mencontohi ‘teladan’ Mahathir?”

2.     Mahathir tidak pernah menipu rakyat – beliau mula bekerjasama dengan DAP sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan menyatakan dengan jelas bahawa kerjasama itu terpaksa dilakukan bagi menumpaskan musuh bersama, yakni Kleptokrat UMNO.

3.     Ini bermakna, rakyat memasuki Pilihan Raya Umum ke-14 atas kesedaran bahawa kerjasama ini wujud dan akan terus wujud seandainya Pakatan Harapan menang pilihan raya.

Loading...

4.     Zahid pula menipu rakyat – kononnya “no Anwar, no DAP,” namun selepas Pilihan Raya Umum ke-15, naratif palsu disebarkan kononnya Barisan Nasional terpaksa bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

5.     Zahid juga menipu Yang Di-Pertuan Agong kononnya kesemua ahli parlimen Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

6.     Satu lagi naratif palsu yang disebarkan ialah tanpa kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, kerajaan tidak dapat dibentuk.

7.     Zahid juga memetik kerjasama PAS dan DAP pada satu ketika dulu.

8.     Namun, seperti Mahathir, PAS tidak menipu rakyat.

9.     Sebaliknya, PAS memasuki kerjasama dengan DAP sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan menyatakan dengan jelas, bahawa kerjasama itu dilakukan atas persefahaman bahawa PAS tidak sekali-kali akan berganjak daripada asas perjuangan parti itu yang berteraskan perjuangan membela nasib Melayu-Islam.

10.  UMNO pula memasuki kerjasama dengan pihak yang digelarnya “anti-Melayu” sejak berdekad lamanya dan memperdaya pengundi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dengan naratif palsu untuk menghalalkan kerjasama itu.

Nampak tak betapa dangkalnya pemikiran Zahid?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...