KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG HARUS PERTIMBANG LANTIK TUN MAHATHIR SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA

Khairuddin Abu Hassan

يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ هاروس ڤرتيمبڠ لانتيق تون محضير سباڬاي ڤڠروسي مجليس ڤموليهن نڬارا

Meningkatnya angka kes baru Covid-19 pada hari ini mencecah melebihi 17,000 adalah bukti yang nyata kegagalan kerajaan ‘tebuk atap’ PN tadbir urus negara kita.

Nyawa serta keselamatan rakyat harus dipelihara secara terbaik mungkin.




Rakyat Malaysia tidak boleh menyandarkan lagi harapan kepada kerajaan ‘tebuk atap’ PN kerana Perdana Menteri serta kerajaan hari ini sudah gagal.

Apakah kita mahu melihat lebih ramai rakyat hilang nyawa disebabkan oleh kegagalan urus tadbir kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang ‘clueless’.

Dalam carta ‘World Meter Covid-19 Report’ kini negara kita berada di tangga teratas dengan jumlah kes Covid-19 mencecah 1 juta orang.

Situasi kita amat ‘alarming’ dan KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu harus campurtangan kearah mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi MPN kerana pengalaman luas beliau menangani krisis dunia.

Tambahan pula, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah banyak kali menyatakan bahawa kini beliau tidak berminat untuk jadi Perdana Menteri.

Tokoh negarawan terulung negara ini hanya menawarkan diri bagi menjawat jawatan Pengerusi MPN demi untuk membantu negara menyelesaikan semua kemelut yang kita sedang hadapi kini.

Demi untuk tidak mempolitikkan badan MPN ini; Tun Dr Mahathir Mohamad juga sanggup letak jawatan sebagai Pengerusi parti PEJUANG sekiranya dilantik mengetuai MPN.

Loading...

Ini membuktikan keikhlasan Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya memikirkan untuk sumbangkan pemikiran serta tenaga bagi membantu negara keluar dari kepompong permasalahan hari ini.

‘Track record’ Tun Dr Mahathir Mohamad menangani krisis ekonomi dunia serta krisis matawang amat cemerlang pada suatu masa dahulu.

Majlis Raja-Raja Melayu harus memanggil sidang khas sekali lagi kearah membincangkan mengenai mengujudkan MPN yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu menyelesaikan polemik permasalahan negara yang menjadi semakin genting.

Kerajaan ‘tebuk atap’ PN sudah tubuhkan MPN tapi cuma Tan Sri Muhyiddin Yassin harus serahkan jawatan Pengerusi MPN kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau fokus menerajui badan eksekutif.

Semua pihak harus ikut contoh teladan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup ketepikan agenda politik demi bagi menyelamatkan bangsa serta negara.

Semua pihak juga harus mempamerkan politik matang dan politik bertanggungjawab demi masa depan kesejahteraan rakyat Malaysia.

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...