Ke mana DAP nak bawa Sabah Sarawak selepas ini?

Tak sampai setahun perintah negara, macam-macam nak diubah? – Info Rakyat. Sumber (gambar): Berita Harian

Info Rakyat: Tak sampai setahun perintah negara, macam-macam nak diubah?


KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, Kabinet bersetuju untuk membuat pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk menjadikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi.

Beliau berkata, persetujuan untuk meminda perlembagaan berkenaan telah dibuat semasa mesyuarat Kabinet Rabu lepas dan ia adalah satu langkah besar ke arah merealisasikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pindaan perlembagaan ini akan dibentangkan kepada Parlimen pada persidangan yang dijadual bermula 11 Mac ini dan untuk merealisasikan pindaan itu memerlukan sokongan dua pertiga majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.


“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 135 Anggota Parlimen termasuk sembilan daripada Warisan dan satu daripada UPKO. Untuk mendapatkan sokongan dua pertiga, kita memerlukan 148 Ahli Parlimen. Namun saya amat yakin bahawa semua Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak akan memberi sokongan sepenuhnya untuk menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai dua wilayah berasingan dengan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Forum Keadilan Restoratif – Alternatif kepada Pemenjaraan, di sini hari ini.

Vui Keong berkata untuk mengambalikan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63, adalah sangat bertepatan dimulakan dengan meminda perkara Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan kerana ia akan membuatkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi yang mempunyai hak sama rata.

“Selepas pindaan itu Sabah dan Sarawak bukan lagi dikenali sebagai ‘Negeri’ dan banyak lagi perkara yang kami akan laksanakan selepas itu untuk memastikan semua hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak dapat dilindungi.

“Kami mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Ketua Menteri Sabah dan Sarawak kerana mengambil berat tentang usaha ini (mengambalikan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63)

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...