Keabsahan Anwar masih tanda tanya, undian suara tidak buktikan sokongan sebenar – Takiyuddin

Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

كأبسهن انور ماسيه تندا تاڽ، اوندين سوارا تيدق بوقتيكن سوكوڠن سبنر – تاكييوددين

Ketua whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), berkata pembangkang tidak meminta undi belah bahagi kerana tidak mahu mengundi “dokumen yang tidak sah”.

Dia merujuk kepada memorandum persefahaman antara parti-parti kerajaan untuk membentuk kerajaan perpaduan dan mendukung Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Menurut Takiyuddin, walaupun usul undi percaya terhadap Perdana Menteri lulus dengan undian suara, jumlah yang menyokong Perdana Menteri kekal tidak diketahui.

“Ini yang berlaku di Dewan hari ini, didapati sokongan terhadap Perdana Menteri daripada keseluruhan 222 ahli Parlimen tidak diketahui,” katanya di Bilik Media, Bangunan Parlimen.


Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lulus dengan undian suara petang semalam, setelah speaker Johari Abdul tidak mengadakan undian belah bahagi.

Sementara itu, ketua whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), berkata pembangkang tidak meminta undi belah bahagi kerana tidak mahu mengundi “dokumen yang tidak sah”.




Dia merujuk kepada memorandum persefahaman antara parti-parti kerajaan untuk membentuk kerajaan perpaduan dan mendukung Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Kita tidak minta undi (belah bagi) sebab kita tak mengundi,” katanya.

Artikel bersambung di bawah video ini:

Menurut Takiyuddin, walaupun usul undi percaya terhadap Perdana Menteri lulus dengan undian suara, jumlah yang menyokong Perdana Menteri kekal tidak diketahui.

“Kita baru lepas satu usul yang dibawa oleh kerajaan yang dipanggil usul percaya.

“Dalam hal ini, Dewan telah buat satu keputusan bahawa usul ini diluluskan dan kita semua dengar ia diluluskan dengan undian suara.

Loading...

“Ia berlaku tanpa undian sebenar daripada ahli-ahli Parlimen.

“Pada pandangan kami, sepatutnya usul ini tidak perlu lagi dibawa kerana Yang di-Pertuan Agong telahpun melantik Perdana Menteri di bawah Perkara 43 (2) di dalam perlembagaan.

“Ini yang berlaku di Dewan hari ini, didapati sokongan terhadap Perdana Menteri daripada keseluruhan 222 ahli Parlimen tidak diketahui,” katanya di Bilik Media, Bangunan Parlimen.

Ahad lalu, TTF menulis:

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memikul tanggungjawab moral dan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara pihak kerajaan pimpinannya dan ketua-ketua beberapa gabungan dan parti politik.

MoU yang dimaksudkan ditandatangani bersama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hajiji Noor dan Abang Johari, antara lain.

Dalam MoU tersebut, wujud klausa-klausa yang bersempadankan atau berbaur kepada suatu tindakan jenayah.

Menurut MoU ini, setiap parti yang terlibat bersama mesti memastikan bahawa ahli parlimen mereka menyokong kerajaan pimpinan Anwar dalam sebarang usul atau rang undang-undang kepercayaan di Dewan Rakyat.

Ini adalah ‘ketetapan’ yang tidak berperlembagaan dan tidak mungkin dikuat kuasakan, dan boleh ditafsirkan sebagai “ugutan” atau “paksaan” terhadap ahli-ahli parlimen untuk menyokong Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.

Di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan, jika ada sesiapa yang cuba mempengaruhi atau menghalang seseorang ahli Dewan Rakyat daripada melakukan sesuatu yang ahli Dewan Rakyat itu berkuasa atau berhak untuk lakukan di bawah undang-undang, maka dia dikira sebagai melakukan jenayah dan boleh dihukum penjara bagi tempoh tujuh tahun.

Memang sah wujud elemen paksaan dalam MoU berkenaan, dan ini adalah berdasarkan kewujudan satu klausa yang mentafsirkan, secara palsu, bahawa kegagalan ahli-ahli parlimen menyokong Perdana Menteri boleh menyebabkan mereka hilang kerusi di Dewan Rakyat.

Hakikatnya, selagi perlembagaan parti politik tidak dipinda untuk menyatakan dengan jelas bagaimana seorang ahli parti yang turut merupakan ahli Dewan Rakyat dianggap “telah keluar parti,” selagi itulah ahli berkenaan tidak boleh diarahkan kosongkan kerusinya di Dewan Rakyat, semata-mata kerana dipecat daripada parti atau melanggar ketetapan parti.

Dengan mengambil kira “elemen jenayah” yang wujud, dan disebabkan MoU ini mentafsirkan secara palsu dan tidak berperlembagaan status kerusi Dewan Rakyat bagi ahli parti yang tidak menyokong Perdana Menteri, maka sebarang usul percaya, sekali pun memihak kepada Perdana Menteri, sukar dipercayai dan akan sentiasa dibelengui soal legitimasi.

Ini bermakna, keabsahan kerajaan pimpinan Anwar mustahil ditentukan secara efektif, dan memandangkan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri dalam keadaan beliau tidak memiliki majoriti, beliau akan sentiasa bergelar “Perdana Menteri kerajaan minoriti.”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...