Kebijaksanaan Tunku dan Razak sebab kita kekal Merdeka, maju

“Majlis Malam Merdeka” bersama Dato’ Haji Mohd Yusup (keempat dari kanan, duduk). Sumber (gambar): TTF

Sumbangan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak membawa Bangsa Malaya keluar dari kancah penjajahan menerusi kebijaksanaan mereka tidak ternilai besarnya dan perlu dihayati generasi akan datang.

Demikian menurut Dato’ Haji Mohd Yusup sempena sambutan “Majlis Malam Merdeka Bersama Veteran UMNO Sabak Bernam” semalam yang diraikan bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN) serta UMNO Bahagian Sabak Bernam.

Menurut Mohd Yusup, Tunku dan Razak menyedari betapa pentingnya pendidikan dalam memastikan Malaya kekal Merdeka dan maju dan menerapkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam Penyata Razak bagi membentuk sistem pendidikan nasional.

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.


SABAK BERNAM: Sumbangan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak membawa Bangsa Malaya keluar daripada kancah penjajahan menerusi kebijaksanaan mereka tidak ternilai besarnya dan perlu dihayati generasi akan datang.

Demikian menurut Pengerusi Veteran UMNO Sabak Bernam, Dato’ Haji Mohd Yusup, sempena sambutan “Majlis Malam Merdeka” semalam yang diraikan bersama kumpulan Veteran UMNO, Gerakan Bangsa Nasional (GBN) serta UMNO Bahagian Sabak Bernam.




Menurut Mohd Yusup, Tunku dan Razak menyedari betapa pentingnya pendidikan dalam memastikan Malaya kekal Merdeka dan maju dan menerapkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam Penyata Razak bagi membentuk sistem pendidikan nasional.

Dato’ Haji Mohd Yusup, Pengerusi Veteran UMNO Sabak Bernam. Sumber (gambar): TTF

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran pada ketika itu, iaitu Tun Abdul Razak yang berniat membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.

Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.

Turut hadir bersama semalam Saudara Haji Nazam Azahari (Setiausaha UMNO Bahagian Sabak Bernam), Mohd Jais Zohdi (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sabak Bernam), Ustat Muhyiddin (Kumpulan Veteran UMNO), Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup (Pengerusi Bersama GBN Pusat), Raggie Jessy Rithaudeen (Pengerusi Bersama GBN Pusat), Norismail Sarbini (Pengerusi GBN Shah Alam), Kamarul Ariffin (Sekretariat GBN Pusat) dan Mokhtar Hassan (Pemangku Pengerusi GBN Sabak Bernam).

GERAKAN BANGSA NASIONAL



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...