Kedah cadang gugur status lot bumiputera

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew berkata, sudah tiba masa kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi pelepasan terhadap mana-mana unit kediaman dan komersial lot bumiputera yang dibina sebelum Disember 2026 dan sehingga kini masih gagal dijual.

ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mempertimbang cadangan menggugurkan status lot bumiputera bagi lebih 1,000 unit kediaman dan komersial yang gagal dijual dalam tempoh sejak 10 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew berkata, sudah tiba masa kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi pelepasan terhadap mana-mana unit kediaman dan komersial lot bumiputera yang dibina sebelum Disember 2026 dan sehingga kini masih gagal dijual.




“Situasi tersebut bukan sahaja menyebabkan aspek ekonomi tidak dapat digerakkan dan modal dibekukan namun ia juga menyumbang kepada kos penyelanggaraan dan pembiayaan. Lebih buruk, bangunan yang tidak terjual ini menjadi terbiar dan mengundang kepada berlakunya gejala sosial.

“Oleh itu, kita bercadang membentuk satu jawatankuasa khas untuk menguruskan masalah itu dengan mempertimbangkan pelepasan lot berkenaan yang dibina atau memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki (CF) pada atau sebelum 31 Disember 2016,” katanya selepas melancarkan Ekspo Hartanah Malaysia Peringkat Kedah dan Perlis (MAPEX 2018) di Aman Central, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Kedah/Perlis, Datuk Rick Cheng Wooi Seong.

MAPEX yang diadakan di sini dan Amanjaya Mall, Sungai Petani menawarkan kira-kira 3,000 unit hartanah membabitkan unit kediaman dan komersial bernilai lebih RM950 juta.

Menurut Kok Yew, pihaknya bagaimanapun prosedur permohonan penukaran status itu bagaimanapun akan diumumkan selepas jawatankuasa terbabit dibentuk.

Sumber: Utusan Online

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...