Kegagalan terbesar Muhyiddin ialah terlalu percaya Azmin Ali, Hamzah Zainuddin

Semua ahli parlimen tahu bahawa Muhyiddin menaruh harapan yang begitu besar terhadap Hamzah Zainuddin untuk meyakinkan wakil rakyat pembangkang agar mereka berpaling tadah dan menyertai Perikatan Nasional. Sumber (gambar): Fail TTF

“Kegagalan terbesar Muhyiddin ialah kepercayaannya terhadap Azmin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta penubuhan kerajaan gandingan Barisan Nasional (BN) dan Periktan Nasional (PN) atas dasar sogokkan kuasa dan kedudukan”

Raggie Jessy Rithaudeen

كڬاڬالن تربسر محي الدين اياله ترلالو ڤرچاي عزمين علي، حمزه زاينوددين

Beberapa sumber dari PPBM yang rapat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Datuk Seri Azmin Ali mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas Muhyiddin dan keputusan-keputusan yang dibuat olehnya.

Menurut sumber-sumber ini, Muhyiddin terlalu bergantung kepada percaturan Azmin dari sudut politik dan melepaskan terus keputusan-keputusan melibatkan pengurusan ekonomi dan kewangan negara kepada Azmin dan Tengku Zafrul.




Malangnya, bukan hanya Tengku Zafrul tidak berpengalaman dari segi tadbir urus negara, Zafrul membuat penyasaran yang tidak masuk akal sebelum menerapkannya ke dalam cadangan Belanjawan 2021.

Sebagai contoh, ketika membahaskan belanjawan, Zafrul mendakwa kutipan cukai pendapatan korprat akan meningkat kepada RM64.60 bilion untuk 2021 berbanding RM63.75 bilion pada 2019 sebelum wabak Covid-19 tercetus.

Sasaran ini mengejutkan ahli-ahli parlimen dan pakar kewangan kerana berpaksi pada keyakinan palsu bahawa kerajaan Malaysia akan berjaya mengekang terus penularan wabak Covid-19 pada awal tahun 2021.

Tetapi saya tidak terkejut.

Ini kerana sasaran Zafrul adalah dari sudut kaca mata seorang pegawai atasan institusi perbankan yang arif tentang selok belok perbankan, bukannya selok belok pentadbiran persekutuan.

Suka tak suka, Muhyiddin perlu akur bahwa pengalaman Zafrul sebagai seorang pegawai bank tidak mencukupi untuk menyelamatkan negara dari krisis kewangan tidak kira tinggi mana jawatan Zafrul sebelum ini.

Sebaliknya, Zafrul perlu diberi tunjuk ajar bagaimana menilai sesuatu krisis dari sudut kaca mata seorang menteri dan pentingnya melibatkan diri dalam pelbagai aspek pentadbiran serta mendapatkan maklum balas dari menteri-menteri lain sebelum membuat sasaran.

Loading...

Malangnya, kita tidak boleh mengharapkan Muhyiddin untuk memberi tunjuk ajar kepada Zafrul kerana Muhyiddin sendiri memberi kebebasan sepenuhnya kepada beliau dan melepaskan terus keputusan-keputusan kewangan negara kepadanya.

Tetapi ini bukannya kegagalan terbesar Muhyiddin.

Kegagalan terbesar Muhyiddin ialah kepercayaannya terhadap Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta penubuhan kerajaan gandingan Barisan Nasional (BN) dan Periktan Nasional (PN) atas dasar sogokkan kuasa dan kedudukan.

Malah, menteri-menteri yang duduk dalam kabinet Muhyiddin kebanyakkannya berada di kedudukan masing-masing atas dasar sogokkan kuasa dan kedudukan, bukannya disebabkan mereka menyokong Muhyiddin.

Ini menjelaskan percakaran dan percaturan tak tentu hala melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan yang tidak serik membuat ugutan sesama sendiri tatkala rakat disuruh duduk diam di rumah dan kurang berpolitik.

Jadi bagaimanakah kita boleh mengharapkan kerajaan berjuang demi rakyat, bangsa dan negara, apatah lagi menterinya, Azmin Ali, yang menjadi antara penggerak utama Langkah Sheraton?

Semua ahli parlimen tahu bahawa Muhyiddin menaruh harapan yang begitu besar terhadap Hamzah Zainuddin untuk meyakinkan wakil rakyat pembangkang agar mereka berpaling tadah dan menyertai Perikatan Nasional.

Malangnya, tindakan Hamzah mengugut beberapa wakil rakyat untuk menyertai PN mencetuskan perbalahan serius antara PN dan BN apabila UMNO mula terganggu gugat dengan usaha PPBM mengembangkan sayapnya.

Perbalahan ini menjurus kepada permainan “tarik tali” antara BN dan PN yang bertungkus lumus melumpuhkan kerajaan negeri Sabah dengan menarik seberapa ramai wakil rakyat WARISAN yang mungkin ke parti masing-masing.

Permainan ini akhirnya mencetuskan ketidaktentuan politik, dan ketidaktentuan inilah yang memaksa Datuk Seri Shafie Apdal untuk menasihati Yang Di-Pertua Negeri agar Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri diadakan.

Pilihan Raya ini menyaksikan pelanggaran SOP yang tidak sepertinya sebelum ini, melibatkan puluhan ribu warga Sabah dan jentera pilihan raya Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, termasuk ahli-ahli parlimen UMNO, PPBM dan PAS.

Pelanggaran ini menjurus kepada kegilaan dalam penularan wabak Covid-19 yang tidak pernah reda sehingga hari ini.

Kesemua ini bukti kukuh kemaruk kuasa pemimpin kerajaan yang terlalu memberi tumpuan kepada usaha menakluki negeri-negeri pembangkang, bukannya memerangi wabak Covid-19.

Malah, Muhyiddin sendiri mewujudkan kerajaan pimpinannya menerusi komplot-komplot sulit sebelum melancarkan komplot baharu untuk menumbangkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang.

Jadi bagaimanakah kita boleh mengharapkan Muhyiddin menyelamatkan negara daripada kebinasaan sedangkan Muhyiddin sendiri merupakan punca negara kita berada di ambang kebinasaan?

WAJIB BACA: 

Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...