
“Disebabkan Kluster Ismail Sabri ingin menguasai UMNO, mereka yang menentang Zahid setuju untuk menyokongnya sehingga PRU15 selesai tetapi mahu beliau berundur dari jawatan presiden parti selepas itu”
Raggie Jessy Rithaudeen
كهنچورن امنو سوده برمولا
Beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Negeri Melaka, saya mendedahkan bahawa satu perpecahan besar yang tidak mampu diubati bakal berlaku dalam UMNO.
Hari ini, dakwaan saya terbukti benar, dan UMNO kini berada di ambang “perang saudara” yang tidak mungkin dielakkan oleh mana-mana pihak.
UMNO kini terbahagi kepada tiga kumpulan utama, iaitu:
1. Kluster Ismail Sabri (pro PPBM)
2. Kluster Mahkamah A
3. Kluster Mahkamah B
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Kluster Ismail Sabri meliputi 70% menteri dan timbalan menteri UMNO, namun sokongan diperingkat akar umbi, cawangan dan bahagian hampir tidak wujud.
Kluster ini mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan selepas pemilihan UMNO selesai dan setelah penggal penuh parlimen ke-14 berakhir (2023).
BACA: ANWAR TAKUT KALAH DI JOHOR
Kluster Mahkamah A pula terdiri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ahmad Maslan dan seorang lagi ahli parlimen dari UMNO.
Kluster ini ditentang bulat-bulat oleh 70% akar umbi, cawangan dan bahagian UMNO yang tidak ingin Zahid kekal sebagai presiden UMNO.
Namun, disebabkan Kluster Ismail Sabri ingin menguasai UMNO, mereka yang menentang Zahid setuju untuk menyokongnya sehingga PRU15 selesai tetapi mahu beliau berundur dari jawatan presiden parti selepas itu.
Malah, selaras dengan kehendak Kluster Mahkamah A, lebih 90% akar umbi, cawangan dan bahagian menyokong pembubaran awal parlimen (sebelum bulan April) dan sanggup menyokong Zahid dan Zahid menentang Ismail Sabri, tetapi tidak bersetuju jika Zahid atau Najib menjadi calon Perdana Menteri.
Kluster ini mempunyai kelebihan besar berbanding kluster lain, kerana Zahid merupakan presiden UMNO dan menguasai lembaga disiplin parti.
Kluster Mahkamah B pula terdiri daripada 3 ahli parlimen UMNO yang menyokong Kluster Mahkamah A tetapi tidak bersetuju jika PRU15 diadakan terlalu awal.
Kluster ini bersetuju jika parliamen dibubarkan selepas bulan Julai tahun ini dan dianggarkan mendapat sokongan 8-10% akar umbi dalam hal ini.
Kluster ini disokong oleh seorang menteri dan 2 timbalan menteri secara senyap.
WAJIB BACA:
