Keikhlasan Ismail Sabri mengajak semua berganding bahu sebagai Keluarga Malaysia harus dipuji

Khairuddin Abu Hassan

كاخلاصن اسماعيل صبري مڠاجق سموا برڬنديڠ باهو سباڬاي كلوارڬ مليسيا هاروس دڤوجي

YAB Dato Seri Ismail Sabri telah mempamerkan sikap berjiwa besar dan inklusif bagi menawarkan ruang kepada pihak pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 (JKMC).

Ini satu petanda yang amat baik kepada keseluruhan rakyat Malaysia sekiranya kerajaan baru benar-benar ikhlas untuk melibatkan kepimpinan pembangkang kearah sama-sama berganding bahu sebagai keluarga Malaysia bagi menyelesaikan isu pandemik Covid-19, membangunkan semula ekonomi negara, menstabilkan lanskap politik, penstrukturan semula sistem pendidikan serta menyelesaikan segala permasalahan rakyat jelata masakini.




Kita berdoa agar Perdana Menteri Malaysia yang baharu dapat mempertimbangkan untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengikut ‘blue print’ yang sedang disusun atur demi kebaikan kepada bangsa mahupun negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai formula tersendiri bagi membantu negara untuk menyelesaikan isu pandemik Covid-19 yang berada di tahap yang amat mengerikan kini.

Majlis Pemulihan Negara harus diterajui oleh tokoh negarawan ini yang tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan peribadi tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad secara jujur serta ikhlas ingin membebaskan negara kita dari pandemik Covid-19 dan segala permasalahan negara.

Beliau mempunyai pengalaman yang amat luas untuk menangani krisis bertaraf dunia.

Pada tahun 1980an Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya menangani krisis ekonomi dunia di mana negara kita tidak terkesan kerana ekonomi domestik berjaya digerakkan yang pada waktu itu semua pihak boleh cari makan.

Aktiviti ekonomi domestik merangkumi aspek makro serta mikro rancak berjalan di saat kita menghadapi krisis ekonomi dunia.

Sekali lagi pada tahun 1990an Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya menangani krisis matawang dunia dan Malaysia adalah sebuah negara membangun yang berjaya keluar dari permasalahan krisis matawang dunia secara amat pantas.

Loading...

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan formulanya waktu itu; semua pihak seperti penyangak matawang dunia George Soros, Camdessus, Paul Wolfowitz, William Cohen dan beberapa lagi pakar ekonomi dunia mentertawakan beliau.

Tapi akhirnya, semua pakar ekonomi dunia termasuk george soros mengakui bahawa ramuan Tun Dr Mahathir Mohamad amat efektif.

Kali ini juga, semua pihak harus yakin dengan kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menangani isu pandemik Covid-19 serta semua permasalahan negara melalui Majlis Pemulihan Negara.

Malahan, apa yang lebih mengejutkan kami ialah Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup letak jawatan sebagai Pengerusi parti PEJUANG selagi beliau memimpin MPN.

Ini satu lambang keikhlasan dan pengorbanan besar Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan politik.

Inilah jiwa murni Tun Dr Mahathir Mohamad yang senantiasa memikir tentang masa depan bangsa mahupun negara.

Sebab itu beberapa hari yang lepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin-pemimpin PEJUANG agar jangan menggagalkan penubuhan kerajaan baharu.

Mantan Perdana Menteri dua kali ini juga menasihati semua pemimpin-pemimpin politik agar berhenti main politik tetapi fokus selesaikan segala permasalahan rakyat.

Dalam masa yang sama, saya amat berharap satu perjumpaan kali kedua di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YAB Dato Seri Ismail Sabri dapat diaturkan kearah membolehkan kedua pihak dapat berbincang secara lebih mendalam bagi menrealisasikan Majlis Pemulihan Negara secara kadar segera.

Kita sebagai keluarga Malaysia harus sama-sama rapatkan saf perjuangan untuk memikul tanggungjawab secara terbaik dan teramanah yang mungkin bagi menyelesaikan semua polemik permasalahan negara.

Sebagai rakyat Malaysia di mana negara ini adalah tempat tumpah darah kita; sudah pasti akan pikul tanggungjawab secara bersama merentasi parti-parti politik kearah membina semula Malaysia Baharu.

WAJIB BACA:

Hanya satu sebab Muhyiddin sokong Ismail Sabri, itu pun dijangka tidak bertahan lama



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...