Kejadian kecoh di Tanjung Piai

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dengan sengaja melintasi kawasan penyokong PH yang berada lebih 50 meter dari hadapan kawasan pengundian itu. Sumber (gambar): Sinar Harian Online

Seorang lelaki memakai plakad berwarna kuning di badannya mencetuskan kontroversi apabila cuba membuat provokasi ke atas penyokong Pakatan Harapan (PH) di hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pagi tadi.

Difahamkan, lelaki berkenaan memakai plakad bertulis ‘PH janji kosong’ dan tindakannya melintasi kumpulan penyokong PH mengundang kemarahan mereka.

Lelaki berkenaan kemudiannya terus berjalan melintasi kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) pada jarak 20 meter dari kawasan kumpulan penyokong PH sebelum diberi sorakan oleh mereka.

Bagaimanapun, terdapat tiga anggota polis kemudiannya mengejar lelaki terbabit dan mengarahkannya membuka plakad berkenaan kerana bersifat provokasi dan boleh mencetuskan ketegangan.


PONTIAN: Seorang lelaki memakai plakad berwarna kuning di badannya mencetuskan kontroversi apabila cuba membuat provokasi ke atas penyokong Pakatan Harapan (PH) di hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pagi tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di hadapan pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming, Pekan Nanas di sini.




Sinar Harian difahamkan terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dengan sengaja melintasi kawasan penyokong PH yang berada lebih 50 meter dari hadapan kawasan pengundian itu.

Difahamkan, lelaki berkenaan memakai plakad bertulis ‘PH janji kosong’ dan tindakannya melintasi kumpulan penyokong PH mengundang kemarahan mereka.

Beberapa individu daripada kumpulan penyokong PH berkenaan kemudiannya mengejar lelaki itu dan memintanya menanggalkan plakad dipakai pada badan, namun enggan dituruti.

“Saya rakyat Malaysia, saya punya suka mau pakai apa,” kata lelaki itu kepada penyokong PH berkenaan.

Lelaki berkenaan kemudiannya terus berjalan melintasi kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) pada jarak 20 meter dari kawasan kumpulan penyokong PH sebelum diberi sorakan oleh mereka.

Bagaimanapun, terdapat tiga anggota polis kemudiannya mengejar lelaki terbabit dan mengarahkannya membuka plakad berkenaan kerana bersifat provokasi dan boleh mencetuskan ketegangan.

Beberapa anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya turut memberi amaran kepada lelaki itu atas tindakan provokasi dibuat dan memintanya beredar.

Loading...

Keadaan kembali tenang setelah sekumpulan anggota polis hadir untuk mengawal keadaan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...