Kejam: Kediaman Tun Rahah, balu Tun Abdul Razak, diserbu

Tun Carlos

Siang tadi polis telah menyerbu kediaman balu Tun Abdul Razak, Tun Rahah ketika mahkamah sedang membuat pertuduhan ke atas anaknya Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan bahawa serbuan di rumah Tun Rahah Mohamed Noah di Jalan Eaton di sini berkaitan dengan isu 1MDB.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengesahkan ketika serbuan polis tidak menjumpai apa-apa dari rumah tersebut.

“Ya, sangat kejam bagi mereka untuk (serbu) menakutkan wanita tua yang tidak berdaya sekiranya tidak menemui apa-apa bukti di rumahnya.” kata Shafee kepada pemberita.

Comments

Comments


Loading...