Kekalahan Ahmad Faizal dalam usul percaya Perak dirancang PPBM untuk membawanya masuk Kabinet Muhyiddin

Pejuang Perak menyifatkan tindakan parti-parti itu (PPBM dan UMNO) sebagai hipokrit kerana selama ini mereka bersungguh-sungguh meminta semua pihak untuk kurangkan berpolitik untuk memberi fokus kepada menangani pandemik Covid-19. Sumber (gambar): Fail TTF

ككالاهن احمد فيزال دالم اصول ڤرچاي ڤراق درانچڠ ڤڤبم اونتوق ممباواڽ ماسوق كابينيت محي الدين

Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Perak melihat usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak merupakan usaha untuk membawa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ke Kabinet.

Wakil Pejuang Perak, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata, usul itu sebenarnya bukanlah disebabkan UMNO memberi tekanan dengan menggerakkan usaha menjatuhkan orang nombor dua di dalam Bersatu itu sebaliknya menjadi jalan keluar kepada Ahmad Faizal untuk menjawat jawatan di peringkat Persekutuan.

“Sandiwara mereka ini jelas memperlihatkan betapa setiap saat memerintah kerajaan, mereka gunakan untuk berpolitik dan mencapai kepentingan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, percaturan berkenaan terkait secara langsung selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dua bulan yang lalu apabila UMNO terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada Bersatu.


IPOH: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Perak melihat usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak merupakan usaha untuk membawa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ke Kabinet.

Wakil Pejuang Perak, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata, usul itu sebenarnya bukanlah disebabkan UMNO memberi tekanan dengan menggerakkan usaha menjatuhkan orang nombor dua di dalam Bersatu itu sebaliknya menjadi jalan keluar kepada Ahmad Faizal untuk menjawat jawatan di peringkat Persekutuan.




Menurutnya, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun dilihat bersedia untuk mengorbankan jentera politik serta akar umbi Bersatu Perak demi merealisasikan impian menyertai Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin.

“Jika ini terjadi, maka Kabinet Muhyiddin yang sebegitu besar gelembungnya akan bertambah kembang dan perbelanjaan menanggung Kabinet itu pasti tambah membebankan.

“Sandiwara mereka ini jelas memperlihatkan betapa setiap saat memerintah kerajaan, mereka gunakan untuk berpolitik dan mencapai kepentingan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengesahkan bahawa usul tersebut akan dimasukkan di dalam aturan mesyuarat Sidang DUN Perak kerana mematuhi peraturan Dewan.

Menurutnya, percaturan berkenaan terkait secara langsung selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dua bulan yang lalu apabila UMNO terpaksa melepaskan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada Bersatu.

“Ketika itu telah kedengaran khabar bahawa satu kompromi telah tercapai. Kompromi itu ialah UMNO bersetuju menyerahkan kerusi Ketua Menteri Sabah kepada Bersatu dengan syarat kerusi Menteri Besar Perak harus dipulangkan kepada UMNO.

“Pada ketika itu, ramai yang melihat khabar tersebut sebagai spekulasi politik yang sering timbul apabila berlaku krisis tetapi hari ini, ia semakin menjadi kenyataan,” katanya.

Loading...

Sementara itu, Pejuang Perak menyifatkan tindakan parti-parti itu sebagai hipokrit kerana selama ini mereka bersungguh-sungguh meminta semua pihak untuk kurangkan berpolitik untuk memberi fokus kepada menangani pandemik Covid-19.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...