“Dakwaan yang diajukan kepada Umno bahawa apa yang berlaku dalam program itu dengan kekecohan berlaku itu adalah perancangan Umno adalah tidak benar sama sekali”
KOTA BHARU: Wanita Umno Bahagian Pengkalan Chepa menolak dakwaan parti Bersatu berhubung kekecohan yang berlaku di program Nothing to Hide 2.0 berpunca daripada perancangan Umno.
Ketua Penerangannya, Zarina Md Eusope berkata, berdasarkan pengalaman beksa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengalaman politik yang luas, sudah tentu beliau dapat menduga apabila menganjurkan forum terbuka seumpama itu.
“Seolah-olah ada akan agenda, saya berpendapat bagi kes liwat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditimbulkan pada malam itu, ia berlaku pada zaman Mahathir, di mana Anwar hanya dikenakan caj salah guna kuasa.
“Kalau kita amati lebih jauh, saya percaya kejadian kekecohan di program Nothing to Hide 2.0 itu perancangan Mahathir sendiri,” katanya, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian lempar kasut, baling kerusi dan suar pada program Nothing to Hide 2.0 anjuran Armada Bersatu sebelum ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden ‘kerusi terbang’ Tun M selamat tidak tercedera]
Zarina yang juga Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa berkata, perkara itu berlaku kerana keegoan sendiri, sibuk dengan kuasa tanpa memikirkan nasib bangsa dan agama dan mengajak mana-mana parti, tidak kira Umno, Bersatu atau Pas berfikir sejenak dengan apa yang berlaku.
“Dakwaan yang diajukan kepada Umno bahawa apa yang berlaku dalam program itu dengan kekecohan berlaku itu adalah perancangan Umno adalah tidak benar sama sekali,” katanya.
Katanya, beliau berpendapat dalam situasi politik hari ini, tidak sepatutnya Mahathir menganjurkan forum sebegitu kerana sudah tentu akan menimbulkan huru-hara.
Sumber: Sinar Harian
