Kelantangan siri pencerahan Najib gugat PH?

Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mendapat manfaat, sekiranya jawapan balas bekas Perdana Menteri itu terhadap tuduhan kerajaan terdahulu tidak dapat dijawab secara baik oleh kerajaan.

“Najib tiada pilihan kerana ia membabitkan kepimpinan beliau. Apatah lagi kini beliau mempunyai akses terhad untuk salur pandangannya,” kata┬áPenganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian.

“Kesannya akan ada jika sekiranya pandangan beliau gagal disangkal Oleh kerajaan hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mendapat manfaat, sekiranya jawapan balas bekas Perdana Menteri itu terhadap tuduhan kerajaan terdahulu tidak dapat dijawab secara baik oleh kerajaan.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, kelantangan Najib dalam menjawab beberapa isu yang terpalit dengan dirinya pada suatu ketika dahulu perlu diberi perhatian oleh PH.

Katanya, jika PH gagal menyangkal jawapan Najib itu, ia bakal memberi impak negatif kepada pemerintah sekarang.

“Najib tiada pilihan kerana ia membabitkan kepimpinan beliau. Apatah lagi kini beliau mempunyai akses terhad untuk salur pandangannya.

“Kesannya akan ada jika sekiranya pandangan beliau gagal disangkal Oleh kerajaan hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai usaha BN terutama Najib membersihkan setiap satu tuduhan PH terdapat kerajaan BN dahulu, sama ada ia akan beri kesan kepada Kerajaan PH atau tidak.

Mengulas lanjut, Sivamurugan menyarankan agar kerajaan mula memberi tumpuan pada dasar mereka.

“Ini kerana pertembungan kedua-duanya akan berterusan selagi hanya kesalahan cuba dicari oleh kerajaan yang sepatutnya mempamer sebagai kerajaan reformis dari melakukan pembersihan pada kerajaan lama,” katanya.

Najib sejak kebelakangan ini seolah-olah membuat sesi pencerahan berhubung dakwaan salah laku BN dahulu, antaranya mengenai isu pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), isu dakwaan menjual kedaulatan kepada negara China, isu kereta Proton dan beberapa lagi isu lain.

Sumber: Sinar Online

Comments

Comments