Kelewatan pihak polis hantar Azmin ke HKL bagi pemeriksaan kesihatan jadi tanda tanya

Mengapakah Azmin diberi layanan yang begitu istimewa? Sumber (gambar): TTF

Dato’ Seri Azmin Ali masih belum lagi dihantar ke pusat perubatan untuk menjalani pemeriksaan biarpun Haziq mengaku meliwat beliau.

Sebelum ini, pihak berkuasa tergesa-gesa menghantar Saiful Bukhari Azlan ke pusat perubatan untuk mendapatkan sampel dari dubur beliau.

Apakah pihak polis tidak ingin mendapatkan sampel yang sama daripada dubur Azmin memandangkan sampel tersebut boleh dijadikan bahan bukti seandainya beliau pernah bersetubuh dengan Haziq baru-baru ini?


PETALING JAYA: Muhammad Haziq Abdullah yang tempoh hari menyebarkan video seks sambil mengaku dirinya sebagai lelaki dalam video tersebut sudahpun dipecat dari PKR dan kementerian tempat beliau bekerja.

Beliau kemudiannya ditahan sebaik sebelum bertolak ke Manila dan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Anehnya, Dato’ Seri Azmin Ali masih belum lagi dihantar ke pusat perubatan yang sama untuk menjalani pemeriksaan biarpun Haziq mengaku meliwat beliau.




Sebelum ini, pihak berkuasa tergesa-gesa menghantar Saiful Bukhari Azlan ke pusat perubatan untuk mendapatkan sampel dari dubur beliau.

Apakah pihak polis tidak ingin mendapatkan sampel yang sama daripada dubur Azmin memandangkan sampel tersebut boleh dijadikan bahan bukti seandainya beliau pernah bersetubuh dengan Haziq baru-baru ini?

Pada ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditahan dulu, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dimana beliau disyaki melakukan aksi liwat untuk merampas tilam serta cadar sebagai bahan bukti.

Kali ini, Haziq pula dibebaskan atas jaminan polis tanpa ditahan reman ataupun digegaskan ke Sandakan bagi mengenalpasti tilam di mana hubungan intim beliau dengan Azmin berlaku agar tilam tersebut boleh dirampas.

Memandangkan Haziq disyaki melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan mengeluarkan bahan lucah di bawah seksyen dan kanun yang sama, bukankah pihak polis seharusnya mereman beliau dan membawanya ke tempat kejadian agar penyiasatan lebih kemas dan terperinci?

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...