Keluhan seorang pegawai MoF berkenaan manipulasi hutang negara

Berikut adalah mesej dari seorang yang mengelar dirinya sebagai “Pegawai dari MoF” yang kian tular di WhatsApp dan We Chat

Pegawai dari MoF

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Dibulan yang penuh kemuliaan ini, saya mengharapkan Allah swt berikan kekuatan untuk saya. Setelah memikirkan dengan mendalam, berdoa memohon kekuatan pertunjuk dariNya, maka saya rasakan amat wajar untuk saya perkatakan kebenaran ini walaupun agak berat dan membimbangkan masa depan saya.

Kemelut politik yang berlaku pasca PRU14 mendatangkan kesan yang besar dalam sejarah politik serta pentadbiran negara. Alhamdulilah, saya berkhidmat sebagai pegawai PTD dengan gred M52 tidaklah sangat terkesan dari sudut ekonomi, namun dari aspek kerjaya, ianya amat nyata kerana perubahan dasar & kepimpinan pasti banyak perubahannya, lebih-lebih lagi kerana saya berkhidmat di MoF, tempat yang sangat sibuk ketika ini dengan pelbagai perubahan yang sedang berlaku.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah luahan rasa kecewa yang teramat sangat dengan politik keterlaluan dan kebencian oleh kepimpinan hari ini. Saya bersekolah peringkat menengah dahulu di SJK Cina, jadi sedikit sebanyak dapat memahami bahasa percakapan rakan Chinese.

Apabila pegawai Khas Menteri yang baru berkata pada Menteri tentang data-data kewangan berkaitan kadar hutang negara, ianya amat menyedihkan saya. Walaupun bercakap bahasa cina untuk elakkan dari pegawai-pegawai lain tahu, tapi saya dapat tangkap juga kerana lima tahun belajar di SJK Cina.

Tuan-tuan, percayalah, statistik tentang jumlah kadar hutang negara memang sengaja di ubah dan dimanipulasikan untuk tujuan politik kerajaan kini dan memburukkan kepimpinan lalu. Ayat yang paling menyentap hati saya apabila si Tony berkata pada bos bahawa ‘public akan percaya walaupun kita tipu’. Cakap bahasa cina….

Bukan sekadar kerana prinsip kebenaran, ia jaga menyentap maruah bangsa saya sbg org melayu apabila nyata kepimpinan kini melakukan sesuatu yang bertujuan mengaibkan kepimpinan melayu sebelum ini.
Samada pembaca akan percaya atau tidak itu terpulang pada penilaian masing-masing.

Yang nyata bagi saya kini, suasana di MoF amat menyedihkan apabila agenda untuk membongkar segala salah laku kerajaan dulu menjadi keutamaan. Rakyat dibohongi dengan data-data statistik yang dimanipulasikan.

Saya berharap saya dapat ditukar kan ke Kementerian yang lain selepas pendedahan ini menjadi viral. Itu lebih baik dari berdiam diri menyaksikan agenda jahat berlaku dalam pengetahuan kita.

Ikhlas dari M52 MoF

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...