Kem Anwar panik dengan perjumpaan di rumah Azmin

Tidak timbul pun soal pertemuan di rumah Azmin “menyakitkan hati dan mengkhianati amanah rakyat” sedangkan Shamsul sendiri tidak tahu pucuk pangkal sebab pertemuan itu diadakan. Sumber (gambar): TTF

Kenyataan beberapa pemimpin politik berhubung perjumpaan antara Dato’ Seri Azmin Ali dan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di kediaman rasmi beliau semalam tidak masuk akal.

Ini kerana tidak ada seorang pun di kalangan pengkritik mampu menjelaskan secara terperinci apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu ataupun tujuan ianya diadakan.

Jika presiden PKR sendiri tidak berminat bertemu barisan kepimpinannya bagi menyelesaikan masalah dalaman parti, masakan dia akan layan usaha Azmin untuk membincangkan kemelut yang melanda Pakatan Harapan.

Saya hairan bagaimana Shamsul boleh terlepas pandang logik mudah ini ataupun kemungkinan Azmin bertemu dengan pemimpin parti lain sekadar membincangkan masalah dalaman PH.


GEORGE TOWN: Kenyataan beberapa pemimpin politik berhubung perjumpaan antara Dato’ Seri Azmin Ali dan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di kediaman rasmi beliau tidak masuk akal.

Ini kerana tidak ada seorang pun di kalangan pengkritik mampu menjelaskan secara terperinci apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu ataupun tujuan ianya diadakan.




Kenyataan terbaru Ketua Penerangan PKR, Dato’ Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang melabelkan pertemuan tersebut sebagai sesuatu yang “menyakitkan hati dan mengkhianati amanah rakyat” nyata tidak berpaksi pada realiti.

Seharusnya, Shamsul bertanyakan dirinya sendiri terlebih dahulu sebab Dato’ Seri Anwar Ibrahim menolak sebarang usaha kem Azmin untuk diadakan perjumpaan tertutup bagi membincangkan perihal kemelut yang melanda PKR.

Jika presiden sendiri tidak berminat bertemu barisan kepimpinannya bagi menyelesaikan masalah dalaman parti, masakan dia akan layan usaha Azmin untuk membincangkan kemelut yang melanda Pakatan Harapan.

Saya hairan bagaimana Shamsul boleh terlepas pandang logik yang mudah ini ataupun kemungkinan Azmin bertemu dengan pemimpin parti lain sekadar membincangkan masalah dalaman PH.

Hakikatnya, tidak timbul pun soal pertemuan tersebut “menyakitkan hati dan mengkhianati amanah rakyat” sedangkan Shamsul sendiri tidak tahu pucuk pangkal sebab pertemuan itu diadakan.

Mungkin juga Azmin berjumpa dengan ahli-ahli parlimen untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung jenama makanan paling sesuai untuk dihidangkan kepada kucing belaannya.

RJ RITHAUDEEN

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...