Kem Azmin, PPBM adakan mesyuarat serentak di lokasi berasingan

Selain Mohamed Azmin, bekas pemimpin PKR lain yang hadir mesyuarat yang bermula kira-kira jam 8 malam itu termasuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamarudin Jaffar dan Datuk Mohd Rashid Hasnon. Sumber (gambar): Fail TTF

كم عزمين، ڤڤبم اداكن مشوارت سرنتق د لوكاسي براسيڠن

Bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat hari ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas pemimpin yang menyokongnya, ketika ini sedang bermesyuarat di sebuah hotel dekat Damansara di sini.

Difahamkan, mesyuarat itu adalah bagi membincangkan mengenai kemungkinan mereka menubuhkan parti baharu atau sebaliknya, dalam meneruskan gerakan menubuhkan gabungan baharu bagi membentuk kerajaan.

Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedang mempengerusikan mesyuarat khas parti itu di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

Antara pemimpin yang dilihat turut hadir termasuk Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat hari ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas pemimpin yang menyokongnya, ketika ini sedang bermesyuarat di sebuah hotel dekat Damansara di sini.

Difahamkan, mesyuarat itu adalah bagi membincangkan mengenai kemungkinan mereka menubuhkan parti baharu atau sebaliknya, dalam meneruskan gerakan menubuhkan gabungan baharu bagi membentuk kerajaan.




Mesyuarat itu juga dipercayai diadakan membincangkan kembali percaturan mereka, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan peletakan jawatannya tengah hari tadi, dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Difahamkan, selain Mohamed Azmin, bekas pemimpin PKR lain yang hadir mesyuarat yang bermula kira-kira jam 8 malam itu termasuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamarudin Jaffar dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedang mempengerusikan mesyuarat khas parti itu di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

Antara pemimpin yang dilihat turut hadir termasuk Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...