Kem Rafizi: Reformasi takkan sempurna selagi Anwar belum jadi PM

Tun Carlos

Dalam kempen pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ampang, Rafizi Ramli dan Johari Abdul mahu pejuang-pejuang lama zaman Reformasi mengimbau semula apa yang telah berlaku pada 1998.

Rafizi mengingatkan pada 2018 ini telah genap 20 tahun barisan-barisan pejuang PKR berjuang untuk Anwar. Sekarang PKR sudah menjadi kerajaan dan menjatuhkan BN. Tetapi pejuangan ini belum berakhir kerana Anwar Ibrahim masih belum jadi Perdana Menteri.

Rafizi dan Johari Abdul mengimbas semula tentang apa yang berlaku ketika 1998 kerana ramai yang tak tahu cerita mengenai apa sebenarnya yang berlaku di rumah Anwar pada malam 1 hari selepas beliau dipecat dari jawatan TPM.

Pada masa itu Kerajaan di bawah Tun Mahathir bertindak dengan sangat kejam. Mereka telah potong bekalan air dan elektrik di kediaman Anwar. Malam itu juga kalimah “Reformasi” telah lahir. Tak lama lepas itu beratus-ratus anggota FRU dan Unit Tindak Khas datang untuk memberkas Anwar.

Kata Johari Abdul “Bukan sahaja Anwar ditangkap dan dihumban, malah dipukul dengan mata lebam. Ramai kawan-kawan di dalam dewan ini juga menerima nasib yang sama kerana ramai yang ditangkap untuk seketika waktu dan ada yang merengkok selama 2 tahun.”

Rafizi juga mengingatkan lagi agar Kerajaan PH tidak boleh sesuka hati bertindak kejam seperti Kerajaan Mahathir pada 1998 dahulu. Teguran Rafizi ini difahamkan merujuk kepada tindakan Kerajaan baru-baru ini yang bertindak kejam menahan bekas Perdana Menteri tanpa ada bukti kesalahan dan membekukan kesemua akaun termasuk milik keluarga dan cucu beliau.

Ucapan Rafizi Ramli dengan jelas menunjukkan pertembungan beliau dengan Azmin Ali.

“Anwar Ibrahim mesti mempunyai 1 pasukan kepimpinan parti yang 100% bersama-sama (setia) dengan Anwar Ibrahim” kata Rafizi Ramli yang difahamkan membayangkan lawannya Azmin Ali adalah pro-Mahathir.

Rafizi juga mengingatkan agar semua patuh kepada keputusan Presiden Parti.

“Jangan setuju di depan, di belakang lain saudara saudari.” sindir Rafizi sambil mendapat sorakan ramai para hadirin.

Rafizi juga mengatakan beliau tidak kisah jika beliau dilabel sebagai “boneka Anwar” ataupun “budak Anwar”.

“Jangan ingat kalau kita tidak berhati-hati, kita akan kekal dalam kemenangan. Hampir semua kerajaan-kerajaan di dunia yang ditumpaskan selepas mencengkam kuasa selama puluh-puluh tahun, lepas mereka tewas akhirnya mereka kembali selepas 1 penggal.” tegur Rafizi.

Rafizi Ramli mengesahkan akan bertanding dengan Azmi Ali untuk jawatan Naib Presiden PKR

Comments

Comments