Kemalangan LRT: Najib tak usah jadi jurucakap Tajuddin

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sumber (gambar): TTF

“Jika Tajuddin hanya meletakan jawatan setelah mendapat arahan dari UMNO yang ditujukan kepada semua ahli parlimen, ianya menjadi tindakan “meletakan jawatan atas sebab politik,” bukannya kerana rasa tanggungjawab terhadap kemalangan LRT”

Raggie Jessy Rithaudeen

كمالڠن لرت: نجيب تق اوسه جادي جوروچاكڤ تاجو الدين، رعيت نق دڠر دري تاجو الدين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menjadi jurucakap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan seharusnya mendesak pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana) itu tampil ke hadapan dan memohon maaf secara terbuka di media.

Tajuddin turut perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab atas kemalangan LRT baru-baru ini yang menyebabkan lebih 200 penumpang cedera dengan mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta, bukan hanya bila diarahkan UMNO.




Jika Tajuddin hanya meletakan jawatan setelah mendapat arahan dari UMNO yang ditujukan kepada semua ahli parlimen, ianya menjadi tindakan “meletakan jawatan atas sebab politik,” bukannya kerana rasa tanggungjawab terhadap kemalangan LRT.

Saya telah mengutarakan perkara ini dalam sidang live saya semalam (video di hujung bawah) dan mencabar Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengarahkan Tajuddin melepaskan jawatannya dalam Prasarana.

Semalam, saya menulis:

Sebagai pihak yang terlibat secara langsung dengan sistem LRT, Tajuddin seharusnya berada di tempat kejadian atau sekurang-kurangnya hadir di hospital di mana mangsa-mangsa kemalangan ditempatkan tidak kira lambat mana berita kemalangan itu sampa kepadanya.

Saya tidak percaya bahawa Tajuddin mendapat tahu berita kemalangan itu begitu lambat sehingga terpaksa tunggu hingga pagi ini untuk bertindak.

Kemalangan berlaku pada pukul 8.45 malam, tak akan Tajuddin tidak menerima sebelum pukul 12 malam?

Bukan hanya tindakan Tajuddin amat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur ‘kemalasan’, kenyataan bahawa beliau akan datang ‘first thing in the morning’ merupakan kenyataan seorang ahli politik yang tidak berjiwa rakyat dan tidk prihatin.

Loading...

Saya sarankan agar Tajuddin dipecat dari Prasarana berkuat kuasa serta merta, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu tunggu untuk beliau melepaskan jawatannya.

Saya juga mencabar pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan penasihat gabungan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendesak Tajuddin agar beliau melepaskan jawatannya atas kegagalan beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengerusi Prasarana.

WAJIB BACA: 

Kemalangan LRT: Tajuddin pemalas, kaki putar alam, tidak prihatin terhadap kesengsaraan mangsa



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...