Kembali ke GST: Jomo tak perlu lembukan sesiapa lagi, rakyat lebih pintar

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya cukup terkilan bagaimana Prof Dr Jomo Kwame Sundaram boleh mencadangkan tanpa segan atau silu agar sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sejak 1 September lalu diganti dengan sistem percukaian pintar.

Sebelum ini, ketika Jomo masih lagi bergelar ahli “Council of Eminent Persons” (CEP), beliau tidak pernah melatah apabila Pakatan Harapan bertindak memansuhkan sistem GST sebelum memperkenalkan semula sistem SST.




Setahu saya, CEP ditubuhkan bagi menasihati Perdana Meteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hal-hal urus tadbir dan pemerkasaan ekonomi negara.

Apakah Jomo tidak sedar pada ketika itu bahawa peralihan dari sistem GST ke SST hanya akan merugikan rakyat menerusi peningkatan mendadak kos sara bidup?

Jomo harus sedar, perlaksanaan GST oleh pentadbiran terdahulu berjaya memaksa peniaga menunjukkan cukai yang dikenakan dalam invois jualan agar pengguna tahu jumlah cukai yang dibayar atas barang dan perkhidmatan yang dibeli.

Ini sekaligus berjaya mengurangkan karenah birokrasi, mengurangkan kos perniagaan dan menambah pendapatan negara apabila peniaga terpaksa lebih telus kerana tidak dapat mengelak atau menghindari cukai.

Malah, bukan hanya nilai eksport negara menjadi lebih kompetitif disebabkan tiada cukai terselindung dalam barangan eksport, kos menjalankan perniagaan turut menjadi lebih rendah disebabkan GST bukanlah kos kepada peniaga yang berdaftar.

Rata-rantanya, rakyat mendapat lebih faedah jangka panjang daripada pelaksanaan GST kerana peningkatan dalam hasil pendapatan kerajaan digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat.

Selain itu, pengguna turut membayar harga berpatutan untuk barangan dan perkhidmatan selepas penghapusan cukai berganda seperti yang berlaku di bawah SST. Tidakkah ini jauh lebih pintar dari sistem yang digunapakai oleh PH sekarang?

Loading...

Bagaimanakah seorang yang kononnya berpengalaman dan berkelulusan tinggi dalam jurusan ekonomi boleh tersasar begitu jauh dari hakikat sehingga gagal menasihatkan PH sebelum pilihanraya umum ke-14 (PRU14) bahawa peralihan dari GST ke SST “kurang pintar?”

Jomo harus berhenti membodohkan rakyat dan mengaku bahawa beliau gagal sebagai penasihat Perdana Menteri apabila tidak menyarankan agar sistem GST dikekalkan sementara kerajaan memikirkan cara untuk memperbaiki dan memperkasakan implimentasi sistem pencukaian tersebut.

Biarpun ada kelemahan, menerusi GST, kerajaan terdahulu berjaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM27 bilion dalam sembilan bulan pertama perlaksanaan pada 2015, RM38.5 bilion pada 2016 dan RM44 bilion pada 2017.

Malangnya, pencapaian tersebut tidak dapat dikekalkan kerana kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan bertindak memansuhkan GST bermula 1hb Jun 2018. Akibatnya, bagi tempoh sepuluh bulan pertama 2018, kerajaan mencatatkan penurunan dalam pendapatan sebanyak RM21 bilion.

Bagi tahun berakhir 2019 pula, nilai jangkaan yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir. Amiruddin Hamzah baru ini menunjukkan kerajaan hanya mampu mennjana pendapatan RM21 bilion menerusi SST, kurang dari separauh pencapaian pentadbiran BN pada tahun 2017.

Apakah Jomo masih tidak mahu mengaku sistem GST lebih pintar, atau adakah beliau akan terus cuba lembukan rakyat yang nyata lebih pintar daripada sebelum PRU14?

Bersambung…


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...