Dato’ Mohd Razlan Rafii
Ketika tanggal 25 Ogos 2016, Tun Mahathir meminta maaf kepada Agong dan rakyat jelata kerana beliau telah menghadkan kuasa Agong pada tahun 1993. Ini susulan dari RUU MKN yang diluluskan tidak serasi dan memuaskqn hati beliau.
Pada ketika itu, Tun M menyesal kerana menarik kuasa Agong kerana pada ketika itu beliau merasakan kerajaan telah salah meluluskan RUU dan beliau tidak boleh merayu kepada Agong untuk menyekat RUU itu.
Pandai beliau mempergunakan emosi rakyat untuk menyokong beliau didalam menagih simpati, beliau sanggup putar 360 Darjah kerana mahu menyakinkan Rakyat di atas kesilapan beliau pada tahun 1994 tidak berulang.
Ramai Orang Melayu marah kepada beliau kerana menarik kuasa Agong dan beliau tahu perlu meminta maaf untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.
Hari ini, di Parlimen, beliau mempunyai peluang untuk meletakan semula kuasa yang telah beliau tarik dan menyesali diatas tindakan itu, namun apa yang beliau pilih adalah untuk mengekalkan tindakan beliau pada tahun 1993.
Umum tahu bahawa Tun Mahathir merupakan seorang yang tidak suka kepada kuasa Raja, namun apa yang mereka terkejut apabila Tun Mahathir telah bertaubat dan mengakui kesilapan beliau yang lalu.
Namun, hari ini terbukti bahawa, Tun Mahathir adalah orang yang sama, tidak berubah dan tetap dengan tindakan anti-Agong nya. Beliau sememangnya tidak akan sesekali menerima keadaan dimana kehendak beliau dihalang.
Tidak ada salahnya sekira kuasa Agong di kembalikan dan RUU yang mahu diluluskan sudah pasti sekiranya baik untuk rakyat jelata, Agong juga tidak akan semudahnya menolak RUU yang telah diluluskan.
Ia juga memberi Kuasa Raja sebagai check and balance kepada parlimen dalam meluluskan undang-undang yang tidak popular.
Datuk Mohd Razlan
Aktivis Melayu
