Kembalilah ke jalan Allah, saudara Khairy Jamaluddin

THE THIRD FORCE

Ke hadapan saudara Khairy Jamaluddin,

Assalamualaikum

Berikut merupakan pesanan ringkas dari saya, Raggie Jessy, terhadap saudara yang telah lama saya perhatikan tersisih dari ajaran-ajaran al-Quran dan Hadis. Sesungguhnya, hukum berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan hadis adalah wajib, manakala mereka yang mengingkari dan meragui salah satu dari keduanya akan membatalkan iman buat selama-lamanya selagi tidak bertaubat.

Saudara, 

”Dari Abdullah bin Amr bin al Ash r.a. bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Empat sifat, barangsiapa yang empat itu ada padamu, maka ia adalah orang munafik murni. Dan barangsiapa yang ada padanya satu sifat maka terdapat satu sifat dari nifak, sehingga ia meninggalkannya, iaitu : apabila dipercaya ia khianat, apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia menyelisihi, dan apabila ia bertengkar ia keji”. (HR. bukhari dan Muslim).

“Dari Abu Said al-Khudri ra. bahwa Nabi saw bersabda, “Setiap pengkhianat itu ada benderanya di setiap duburnya pada hari kiamat. dimana bendera itu ditinggikan sesuai dengan kadar khianatnya. Ketahuilah, tidak ada pengkhianat yang lebih besar khianatnya daripada amir umum”. (HR. Muslim).

Ketahuilah, bahawa sedang kamu masih mengetahui, kamu telah mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu oleh bekas pemimpinmu, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Ketahuilah juga, bahawa kamu telah memungkiri janjimu kepada bangsa dan negara apabila memfitnah Najib melakukan perkara yang keji, sedangkan kamu sendiri mengetahui angkara fitnahmu yang tidak terhingga. 

Saudara,

Seandainya kamu tidak kembali ke jalan yang ditetapkan Allah swt, maka percayalah, hidupmu akan senangtiasa dibelengui hijrah-hijrah palsu berupa hijrah-hijrah yang ditempuhi golongan fasiq dan munafiq, yang mana golongan ini gemar menyebarkan berita palsu yang mengaibkan mereka yang sesungguhnya beirman.

Dan percayalah, bahawa perbuatan sedemikian merupakan perbuatan paling keji yang mampu dilakukan golongan yang bertakwa, kerana sesungguhnya, fitnah itu bukan hanya boleh memusnahkan sesuatu peradaban, malah sejarah telah membuktikan bahawa hanya dengan fitnah, suatu peradaban yang ulung boleh tersungkur ke bumi.

Dan perbuatan kamulah yang menyumbang terhadap kejatuhan seorang Khalifah Islam yang sungguh kami kasihi dan geruni, iaitu Najib Razak, bekas Perdana Menteri kita.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu: Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini.”

Seandainya saudara Khairy tidak mampu bertaubat, silalah tinggalkan UMNO buat selama-lamanya dan berama-samalah golongan fasiq dan munafik yang begitu ramai berkeliaran di parti-parti lawan, seperti parti Amanah, PKR dan PPBM.

Tetapi seandainya saudara sedia bertaubat, maka percayalah, kami sedia memaafkan kamu dan merayu kepada pucuk pimpinan UMNO agar saudara diberikan pangkat yang memampukan saudara memperjuangkan ajaran-ajaran murni Allah sepertimana ia-nya termaktub di dalam al-Quran dan diperinci di dalam Hadis.

Saya bukanlah ahli UMNO.

Tetapi saya merupakan hamba Allah.

Wallahu A’lam

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...