‘Kemelayuan’ Tun kan terlebih, jadi tak hairanlah Tun lupa segala kepincangan Tommy Thomas…

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk memaafkan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana tidak sedar betapa jahilnya dan tersasarnya Tommy Thomas dari landasan perundangan yang betul.

Maklum lah, Tun dah tua, kemelayuan dia dah terlebih, jadi sememangnya dia lebih mudah lupa daripada Melayu-Melayu lain betapa pincangnya Thomas biarpun kepincangan tersebut berlaku depan-depan mata Tun.




Ya, disebabkan kemelayuan yang terlebih tu, Tun lupa akan kesemua laporan polis yang saya buat terhadap Thomas atas pelbagai tuduhan, termasuk tuduhan menyalahgunakan kuasa dan membocorkan maklumat sulit milik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tun lupa, pada 9hb Febuari 2019, saya membuat satu laporan terhadap kedua-dua Dato’ Ambiga Sreenevasan dan Tommy Thomas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor.

Dalam laporan tersebut, saya memaklumkan kepada pihak polis bahawa Ambiga pernah terlibat dalam satu konspirasi bersama Peguam Negara Tommy Thomas untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Khalid masih lagi Menteri Besar Selangor.

Kalau laporan yang dibuat tahun ini Tun boleh lupa, sedangkan dia boleh ingat laporan yang saya buat pada 16hb Julai tahun lepas, di mana saya meminta pihak polis menyiasat Thomas atas tuduhan bersubahat untuk mengaibkan Najib.

Pada 29hb Mei 2019 pula, saya membawa perhatian umum kepada beberapa kejanggalan dalam kenyataan Thomas berhubung pengunduran peguam Nor Syazlin Mansor daripada inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tetapi Tun turut lupa akan perkara tersebut, kerana maklumlah, kemelayuan Tun dah teramat lebih, di mana orang yang terlebih kemelayuannya itu lebih cepat lupa daripada orang-orang lain…

Mungkin sebab itulah Tun turut lupa pembongkaran saya berkenaan satu perjumpaan sulit melibatkan Thomas, Richard Malanjum (Ketua Hakim Negara pada ketika itu), Lim Guan Eng dan seorang lagi dari pihak pendakwaan kes Dato’ Seri Najib Tun Razak malam sebelum Guan Eng dilepas dan dibebaskan oleh Mahkhamah Tinggi Pulau Pinang (lihat video di bawah).

Bersambung selepas video

Pada 13hb Ogos 2018 pula, saya membuat satu laporan polis di IPD Petaling Jaya, di mana saya memberitahu pihak polis bahawa Thomas menyalahgunakan kuasa dan jawatannya apabila melantik Sitpah Selvaratnam sebagai penasihat Jabatan Peguam Negara dalam hal-hal bersangkut-paut perampasan kapal Equanimity.

Saya memberitahu polis bahawa Thomas turut menyalahgunakan kuasa dan jawatannya sebagai Peguam Negara apabila menipu kerajaan Malaysia kononnya Sitpah terpaksa dilantik kerana Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai unit perkapalan yang khusus dan kepakaran dalam undang-undang admiralty.

Tetapi masakan Tun nak ingat laporan tersebut, sedangkan dia boleh lupa bagaimana Thomas cuba mempengaruhi inkues Adib dengan mengambil kedudukan mengenai punca kematian arwah Adib biarpun inkues sedang berjalan.

Mungkin juga Tun termakan kata-kata Thomas bahawa beliau tidak percaya pada prinsip sub judis yang kononnya “tidak relevan dan tidak kena pada sistem perundangan kita” (lihat video).

Bersambung selepas video

Tetapi saya rasa tidak, saya rasa semua ini berpunca daripada kemelayuan Tun yang terlebih tu, di mana Tun lebih cepat lupa daripada Melayu-Melayu yang lain..

Ya, maafkanlah Tun, kerana bukan niat dia untuk membela orang yang terbukti jahil dan tersasar dari landasan perundangan yang betul, cuma Tun dah tua, dan kemelayuan Tun dah terlebih, jadi Tun ni orang yang teramat mudah lupa, jauh lebih mudah daripada orang-orang lain…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...