Kemelut UMNO-PPBM: PAS ambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’

Tuan Ibrahim mengulas pendirian Pas apabila UMNO mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungannya dengan Bersatu. Sumber (gambar): Fail TTF

كملوت امنو-ڤڤبم: ڤاس امبيل ڤندكتن ءتوڠڬو دان ليهتء

Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung ketetapan yang diambil UMNO untuk memutuskan hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut laporan portal Malaysiakini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu masih lagi belum menjadi keputusan muktamad dan hanya akan diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 31 Januari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, MT mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti.

Pada Selasa, terdapat laporan yang mengatakan 189 bahagian UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu dalam mesyuarat bahagian masing-masing.


SHAH ALAM: Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung ketetapan yang diambil UMNO untuk memutuskan hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut laporan portal Malaysiakini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu masih lagi belum menjadi keputusan muktamad dan hanya akan diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 31 Januari ini.




“Oleh kerana usul ini akan dibahas dalam PAU nanti, Pas berpendirian untuk tunggu dan lihat sejauh mana usul ini akan diterima atau ditolak oleh perwakilan,” katanya pada Khamis.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pas apabila UMNO mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungannya dengan Bersatu.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan pertimbangan parti itu buat masa ini.

Pada Rabu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam PAU yang akan diadakan pada 31 Januari.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, MT mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti.

Pada Selasa, terdapat laporan yang mengatakan 189 bahagian UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu dalam mesyuarat bahagian masing-masing.

Bagaimanapun, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau mendapat maklumat hanya 99 bahagian yang menolak kerjasama dengan Bersatu.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...