Kemenangan DAP di Cameron Highlands akan menjadikan mereka lebih angkuh

Amran Ahmad Nor

Dulu, tindakan saya berpesan jangan undi logo PKR kerana akan menyebabkan DAP menguasai Malaysia dikatakan agak ‘terlambat’ kerana dibuat 5 hari sebelum PRU14. Walaupun terlambat, kata-kata saya itu menjadi kenyataan hari ini, ramai yang sudah menyesal.

Justeru, saya belajar dari ‘kesilapan’ lalu dan ingin berpesan dan memberi petua kepada para pengundi Cameron Highlands agar tidak silap membuang undi, menjadi pengundi yang bijaksana dalam percaturan politik negara buat masa ini.

Kita semua tahu DAP akan menumpukan kepada undi masyarakat Orang Asli (OA) yang sekitar 20 peratus dari penduduk Cameron Highlands, penganjuran Persidangan Nasional Orang Asli pada 11 Januari ini hanyalah gimik politik dan sebahagian kempen untuk memenangkan calon, 
Manogaran.


DAP menumpukan kepada OA sebab tahu undi lebih 30 peratus masyarakat Cina sudah tentu dalam ‘poket’ mereka dan PPBM, PKR serta PAN akan bantu memikat hati pengundi Melayu yang juga sekitar 30 peratus manakala Manogaran boleh memikat sebahagian daripada kira-kira berbelas peratus undi India.

Mungkin Manogaran dan Kulasegaran boleh ‘berjuang’ semula untuk kes Indira Gandhi.

Tetapi, apa maknanya jika DAP menang? Jika DAP menang di Cameron, mereka akan rasa kuat, mendabik dada dan semakin ‘terlupa’ menunaikan janji-janji manifesto yang mereka sendiri buat antaranya menghapuskan tol, menurunkan kos sara hidup, gaji minimum, isu PTPTN dan banyak lagi.

Jika DAP menang di Cameron Highlands, anda sebenarnya membuatkan DAP rasa – tak tunai janji pun tak mengapa sebab rakyat tetap akan undi DAP – dan menguatkan lagi agenda untuk mengkayakan bangsa DAP dengan membuat pelbagai helah, alasan yang akhirnya akan memusnahkan Malaysia apabila Melayu rasa ditindas, ditekan. 

Oleh itu, jangan kita biarkan atau benarkan DAP terus menjadi angkuh, sombong dan berlagak setelah mendapat kuasa (rujuk video YB Wong Tack di Bentong, Pahang yang tular baru-baru ini dan insiden – Awak YB ke saya YB di Melaka) dan kembali kepada usaha menunaikan manifesto, seperti yang dijanjikan daripada hanya menyenangkan bangsa DAP dan pemaju semata-mata.

Apa maknanya pula jika BN menang? BN tidak akan dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan jika kekal menang di Cameron Highlands, cuma dapat memperkasakan semak dan imbang dalam Dewan Rakyat agar suara rakyat semakin didengari oleh kerajaan PH yang semakin hari hanya ‘copy & paste’ apa yang BN lakukan sebelum PRU14 yang lalu.

Jadi, kepada pengundi Cameron Highlands, saya ingin berpesan :

1. Pada mereka yang mengundi PAS tempoh hari, alihkan undi anda kepada calon BN (PAS mendapat 3,587 undi pada 9 Mei yang lalu). 

2. 10,307 pengundi yang mengundi BN tempoh hari, terus istiqamah dan kekal sokong calon BN kerana kemenangan BN baik dalam jangka pendek dan panjang, percayalah.

3. Buat OA – jangan terpengaruh dengan dakyah serta janji DAP, sedarilah mereka cuma pandai menabur janji tetapi tidak tahu melaksanakannya (buktinya – manifesto PH PRU14) dan mereka hari ini berbaik pada anda kerana mahukan undi, esok bila dah menang, percayalah anda akan diabaikan dan terus dilupakan, percayalah kerana saya cukup kenal, tahu strategi DAP ini sejak sekian lama.

4. Kepada masyarakat Cina dan India, harap sangat anda semua terbuka mata dan melihat perangai sebenar apabila sudah ada kuasa, tiada lagi apa-apa untuk rakyat biasa, yang mendapat habuan cuma bangsa DAP yang kaya-raya dan tidak perlulah kamu untuk beri masa kerana DAP hari ini dipenuhi oleh mereka yang menjilat ludah sendiri, jual prinsip, gadai maruah dan mengkhianati demokrasi Malaysia.

InsyaAllah, saya berdoakan pengundi Cameron Highlands berbijaksana dalam membuang undi pada 26 Januari nanti dan semoga saya mampu terus selamatkan Malaysia dari kemusnahan yang bakal berpunca dari bangsa DAP. 

Mohon rakan-rakan FB sebarkan mesej ini kepada seramai mungkin terutama sekali mereka yang ada kenalan atau rakan media sosial yang menjadi penduduk Cameron Highlands.

Amran Ahmad Nor
Ahli DAP, Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP yang dipecat
Timbalan Pengerusi G3
Presiden Consent Malaysia

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...