
قدن ڤرتيمبڠ رايو كڤوتوسن محكمه برهوبوڠ ڤندفترن مودا
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bermesyuarat Isnin ini untuk menentukan sama ada mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai parti politik atau merayu keputusan Mahkamah Tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata keputusan itu akan dibuat selepas mendapat pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam penghakimannya, Mahkamah Tinggi menyifatkan alasan menolak pendaftaran MUDA, iaitu prejudis kepada keselamatan negara tidak berasas.

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bermesyuarat Isnin ini untuk menentukan sama ada mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai parti politik atau merayu keputusan Mahkamah Tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata keputusan itu akan dibuat selepas mendapat pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Oleh kerana mahkamah dah putuskan untuk beri peluang (MUDA didaftarkan sebagai parti politik) dan dikatakan ia adalah hak mana-mana untuk menubuhkan parti.
“Maka, saya dah pun berbincang perkara ini dengan presiden parti saya dan juga berbincang dengan Perdana Menteri. Akan saya umumkan Isnin nanti, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ARMADA dan SRIKANDI BERSATU di sini, hari ini. Selasa lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Menteri Dalam Negeri supaya mendaftarkan MUDA sebagai sebuah parti politik dalam tempoh 14 hari.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 individu lain, mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak rayuan mereka mendaftar MUDA sebagai sebuah parti politik.
Dalam penghakimannya, Mahkamah Tinggi menyifatkan alasan menolak pendaftaran MUDA, iaitu prejudis kepada keselamatan negara tidak berasas.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, beliau terbuka untuk meluluskan pendaftaran MUDA sebagai parti politik.
Bagaimanapun, beliau terpaksa menolak pendaftaran MUDA sebelum ini kerana beberapa individu yang menjadi anggota jawatankuasa penaja MUDA melakukan kesalahan undang-undang.
“Syed Saddiq dah jumpa saya sebelum ini. Dia benar-benar minta (kelulusan) dan saya dah nasihatkan dia.
“Masalah yang saya terpaksa tolak tempoh hari kerana dalam Akta Pertubuhan 1966, kita tidak benarkan sesiapa jawatan kuasa penaja, mana-mana orang nak tubuhkan parti baru … tidak melanggar undang-undang negara.
“Masa kita nak luluskan tempoh hari, mereka telah banyak lakukan kesalahan seperti demonstrasi dan buat perkara-perkara yang melanggar undang-undang negara.
“Maka mengikut akta itu, saya terpaksalah untuk tidak meluluskan kerana ramai daripada jawatankuasa penaja mereka, adalah individu yang melakukan kesalahan,” katanya.
Sumber:
WAJIB BACA:
MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)

