
كمنترين كصيحتن اڠڬن كوڠسي داتا منته چوۏيد-19 دڠن سلاڠور
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata Kementerian Kesihatan tidak akan berkongsi data mentah (raw data) mengenai Covid-19 dengan pihak lain, termasuk kerajaan negeri Selangor.
Menurut Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, kerajaan negeri berasa sedih dengan keputusan KKM itu memandangkan data yang diminta berkenaan tidak melibatkan sebarang privasi mana-mana pihak.
Kerajaan Selangor, sebelum ini berhasrat mengintegrasikan sistem aplikasi negeri SELangkah dan MySejahtera, kata Mariah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
“Bagaimanapun, KKM menyatakan bahawa data itu tidak dapat dikongsikan berikutan dibimbangi akan disalah tafsir.
“Jadi kita ibarat seperti dalam keadaan buta, tak ada maklumat untuk bantu cegah penularan wabak ini,” jelasnya.
PETALING JAYA: Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata Kementerian Kesihatan tidak akan berkongsi data mentah (raw data) mengenai Covid-19 dengan pihak lain, termasuk kerajaan negeri Selangor.
Dalam jawapan parlimen, Adham mendakwa, tafsiran berbeza terhadap data tersebut boleh menyebabkan kekeliruan dan orang ramai menjadi panik.
Demikian menurut laporan Malaysiakini yang turut memetik Adham sebagai berkata, keengganan Kementerian Kesihatan berkongsi data itu bersangkut paut dengan beberapa insiden lepas.
“Disebabkan juga oleh beberapa insiden tidak diingini yang telah berlaku sebelum ini berhubung pengurusan data mentah (raw data), KKM tidak dapat memenuhi permintaan sesetengah pihak untuk mendapatkan akses kepada data mentah Covid-19.
“Ia bagi mengelakkan risiko tafsiran data yang bertentangan atau tidak seragam oleh pelbagai agensi yang terlibat, yang berkemungkinan menyebabkan masyarakat menjadi panik dan bercelaru akibat maklumat yang disampaikan,” katanya sebagai menjawab pertanyaan lisan Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut laporan itu lagi, Dzulkefly, selaku pengerusi pasukan petugas khas Selangor untuk Covid-19 (STFC), meminta menteri kesihatan menyatakan kesediaan kementerian itu “menjalinkan kerjasama perkongsian data antara wilayah khususnya di Selangor dalam menangani gelombang ketiga semasa sepertimana yang pernah dilakukan sebelumnya dengan kerjasama erat dan perkongsian data antara KKM, MKN dan Pusat Operasi Kerajaan Negeri Selangor.”
Bekas menteri kesihatan itu turut berkata, STFC telah memohon supaya Selangor diberikan data Covid selama enam bulan.
Pada 19hb Oktober, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata permintaan data mentah Covid-19 tidak dapat dipenuhi bagi memastikan interpretasi data diseragamkan.
Sementara itu, Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud dipetik Sinar Harian berkata, kerajaan negeri berasa sedih dengan keputusan KKM itu memandangkan data yang diminta berkenaan tidak melibatkan sebarang privasi mana-mana pihak.
Kerajaan Selangor, sebelum ini berhasrat mengintegrasikan sistem aplikasi negeri SELangkah dan MySejahtera, kata Mariah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
“Bagaimanapun, KKM menyatakan bahawa data itu tidak dapat dikongsikan berikutan dibimbangi akan disalah tafsir.
“Jadi kita ibarat seperti dalam keadaan buta, tak ada maklumat untuk bantu cegah penularan wabak ini,” jelasnya.
Menurut exco Selangor itu lagi, tanpa data tersebut kerajaan negeri terpaksa ‘meneka-neka’ dan sukar untuk menjawab sekiranya rakyat bertanya tentang sesuatu kejadian atau statistik.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
