
كمنترين نافي كاكيتاڠن دمينتا ‘ليكي’، ايكوت اكاءون ميديا سوسيال منتري ستله تولر تڠكڤ لاير ارهن
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan mengeluarkan arahan kepada kakitangan kementerian itu untuk ‘like’ dan ‘share’ akaun media sosial Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Terdahlu, suatu tangkap layar (bawah) yang dikatakan mengandungi “permintaan” kepada kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), termasuk jabatan dan agensi supaya “like” dan mengikuti akaun media sosial menterinya, Saifuddin Abdullah, tular di media sosial.
Kakitangan juga dikatakan diminta untuk mengikuti akaun media sosial timbalan Saifuddin, Zahidi Zainul Abidin, dan juga akaun media sosial KKMM berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KKMM Bil 8/2021.
Dalam tangkap layar itu, permintaan itu dibuat oleh suatu Unit Komunikasi Korporat yang “dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan aktiviti ‘Like’ dan Follow’ akaun media sosial KKMM”.
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan mengeluarkan arahan kepada kakitangan kementerian itu untuk ‘like’ dan ‘share’ akaun media sosial Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Menerusi satu kenyataan, KKMM berkata pihaknya sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangan bersama menyokong hebahan maklumat kepada khalayak termasuk melalui platform media sosial.
“KKMM ingin menafikan dakwaan tersebut. Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menteri berkaitan perkara ini,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Terdahlu, suatu tangkap layar (bawah) yang dikatakan mengandungi “permintaan” kepada kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), termasuk jabatan dan agensi supaya “like” dan mengikuti akaun media sosial menterinya, Saifuddin Abdullah, tular di media sosial.

Kakitangan juga dikatakan diminta untuk mengikuti akaun media sosial timbalan Saifuddin, Zahidi Zainul Abidin, dan juga akaun media sosial KKMM berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) KKMM Bil 8/2021.
Dalam tangkap layar itu, permintaan itu dibuat oleh suatu Unit Komunikasi Korporat yang “dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemantauan aktiviti ‘Like’ dan Follow’ akaun media sosial KKMM”.
Menurut FMT, sumber dalam kementerian memberitahu bahawa permintaan itu dikeluarkan kira-kira sebulan lalu.
Menurutnya, banyak kakitangan “marah dan bingung” dengan permintaan itu.
Menurut FMT lagi, sumber di sebuah badan bawah kementerian mengesahkan kakitangannya menerima peringatan untuk ikut dan “like” pautan media sosial menteri dan timbalannya.
Menurutnya, “permintaan” itu untuk memastikan keberkesanan program kementerian disampaikan kepada rakyat.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]
