Kementerian Pendidikan nafi beri kebenaran edar komik propaganda

KPM dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik daripada mana-mana pihak atau pembekal. Sumber (gambar): Sinar Harian Online

Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kementerian itu membenarkan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ diedar ke sekolah seluruh negara.

Terdahulu, Najib dalam hantaran menerusi laman Facebooknya mempersoalkan komik didakwa berbentuk propaganda diedarkan di sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan di negara ini yang mengagungkan DAP, komunis, memburukkan Malaysia, dirinya sekeluarga.

Najib turut memuat naik gambar sepucuk surat kebenaran dan beberapa helaian muka surat komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tersebut yang didakwa menyebarkan propaganda itu.

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kementerian itu membenarkan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ diedar ke sekolah seluruh negara.

KPM dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.




“KPM juga akan mengkaji dengan lebih teliti isi kandungan buku tersebut melibatkan fakta dan orientasi penulisan,” katanya.

Menurutnya, dalam masa yang sama KPM juga akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai aspek keselamatan yang melibatkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara.

Terdahulu, Najib dalam hantaran menerusi laman Facebooknya mempersoalkan komik didakwa berbentuk propaganda diedarkan di sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan di negara ini yang mengagungkan DAP, komunis, memburukkan Malaysia, dirinya sekeluarga.

Najib turut memuat naik gambar sepucuk surat kebenaran dan beberapa helaian muka surat komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tersebut yang didakwa menyebarkan propaganda itu.

Menerusi gambar dikongsikan, surat bertarikh 8 Oktober 2019 dan keterangan surat itu ditujukan kepada pengetua sekolah.

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...