Kementerian Pertahanan kini berada dalam tekanan dan ancaman

Dato’ Azwanddin Hamzah

Kementerian yang paling utama di dalam negara yang melibatkan keselamatan dan maklumat risikan iaitu Kementerian Pertahanan, dikhuatiri kini berada di dalam tekanan dan mendapat ancaman dari dalaman. Parti DAP yang dilabelkan sebagai sebuah parti duplikasi komunis di Negara ini seperti yang telah diperkatakan oleh ramai orang sebagai ancaman kepada negara, kini Liew Chin Tong seorang Pengerusi Parti DAP Johor telah pun berada di dalam kerajaan dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.

Mungkinkah Kerajaan Pakatan Harapan terlepas pandang terhadap perlantikan ini dan sudah semestinya pemikiran Chin Tong penuh dengan muslihat dan kerana aspek itulah juga Parti DAP meletakkannya sebagai pakar strategi untuk kepentingan DAP dan mereka akan menggunakan apa cara sekali pun termasuk fitnah dan hasutan bagi mencapai matlamat DAP.

Hasil maklumat dan sumber yang diterima daripada pegawai dalam Kementerian Pertahanan, Chin Tong dikatakan sedang hebat mendapatkan pelbagai maklumat rahsia dan penting di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia. Kini kebanyakan pegawai peringkat tertinggi dan juga bawahan di dalam Kementerian Pertahanan sudah mulai bimbang kerana Chin Thong sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat dan rahsia sulit kerajaan di dalam Kementerian Pertahanan. Sebelum ini Menteri tidak mencampuri urusan ketenteraan, kini amat berbeza samasekali, apabila di bawah DAP.

Tindakan Chin Tong ini telah menimbulkan tekanan di kalangan pegawai peringkat tertinggi dan juga pegawai bawahan kerana mereka berasa bersalah mendedahkan beberapa perkara sulit di dalam agensi Pertahanan. Kebocoran maklumat ini amat merisaukan mereka (pegawai kementerian) kerana ianya akan memberi kemudaratan kepada keselamatan negara dan tidak pernah berlaku sebelum ini selama 60 tahun lalu.

Menurut maklumat yang diperolehi oleh pihak kami, Liew Chin Tong juga adalah merupakan Fellow Pelawat Badan Perisikan Penyelidik ISEAS yang berpengkalan di Singapura. Tidak mustahil dengan adanya peluang sebegini, Chin Tong dikhuatiri akan mendedahkan sesetengah perkara yang melibatkan polisi keselamatan dan ini merupakan satu ancaman kepada Negara.

JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH
Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)
Merangkap PENASIHAT
GAGASAN TIGA MALAYSIA (G3)

Comments

Comments


Loading...