Kempen BMF jawapan kepada keresahan cari barangan halal

Barjoyai berkata, pengguna muslim resah kerana melihat konsep halal ditafsirkan secara berbeza-beza kerana lebih 90 peratus pengeluar barangan halal terdiri daripada kumpulan bukan Islam. Sumber (gambar): Astro Awani

Penganalisis ekonomi, Prof Emer Dr Barjoyai Bardai berkata, Kempen Beli Produk Muslim atau ‘Buy Muslim First’ (BMF) yang bertujuan membantu ekonomi umat Islam adalah jawapan kepada pengguna Islam yang resah untuk mendapatkan barangan halal khususnya makanan dalam kegunaan harian.

Contohnya halal untuk makanan yang berasal daripada haiwan adalah haiwan yang halal disembelih dan diproses secara Islam, bahkan kata beliau konsep khinzir juga banyak disalahtafsir di mana kepada pengeluar bukan Islam ini, khinzir bagi mereka ialah daging babi sahaja.

“Tetapi bagi kita orang Islam khinzir itu meliputi apa-apa elemen dan komponen daripada haiwan itu termasuk gelatin, kulit dan elemen lain. Justeru, keresahan ini menyebabkan selalu kita dengar dan baca di internet bahawa setengah barang adalah tidak halal walaupun sudah mendapat pengesahan jenama halal.

Selain itu, ketika ditanya mengenai tindakan pemimpin Melayu yang mempertikaikan malah ada yang turut menghalang penganjuran kempen BMF di kawasan masjid, Prof Barjoyai berkata, tindakan mereka mungkin memikirkan dalam ruang lingkup semasa sahaja.


BANGI: Kempen Beli Produk Muslim atau ‘Buy Muslim First’ (BMF) yang bertujuan membantu ekonomi umat Islam adalah jawapan kepada pengguna Islam yang resah untuk mendapatkan barangan halal khususnya makanan dalam kegunaan harian.

Penganalisis ekonomi, Prof Emer Dr Barjoyai Bardai berkata, pengguna muslim resah kerana melihat konsep halal ditafsirkan secara berbeza-beza kerana lebih 90 peratus pengeluar barangan halal terdiri daripada kumpulan bukan Islam.




Beliau berkata, bagi pengeluar barangan halal yang bukan Islam, apa yang ditakrifkan sebagai halal bagi mereka asalkan tidak ada khinzir dan alkohol, sedangkan takrifan halal itu sebenarnya lebih luas daripada itu.

Contohnya halal untuk makanan yang berasal daripada haiwan adalah haiwan yang halal disembelih dan diproses secara Islam, bahkan kata beliau konsep khinzir juga banyak disalahtafsir di mana kepada pengeluar bukan Islam ini, khinzir bagi mereka ialah daging babi sahaja.

“Tetapi bagi kita orang Islam khinzir itu meliputi apa-apa elemen dan komponen daripada haiwan itu termasuk gelatin, kulit dan elemen lain. Justeru, keresahan ini menyebabkan selalu kita dengar dan baca di internet bahawa setengah barang adalah tidak halal walaupun sudah mendapat pengesahan jenama halal.

“Pengguna muslim sentiasa menunggu dan mencari apakah pilihan lain untuk penggunaan barang yang benar-benar halal. Justeru BMF mewujudkan satu peluang kepada penguna Islam untuk benar-benar mendapatkan barangan halal khususnya barang makanan sebagai asas,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Prof Barjoyai berkata, jika dilihat dari aspek peluang kepada peniaga muslim yang bertanggungjawab, mereka sedaya upaya cuba mengeluarkan barangan benar-benar halal kepada pelanggan mereka.

Bagaimanapun, kata beliau, ini boleh menyebabkan peniaga muslim mengalami kos mahal sedikit dan mereka mengalami masalah untuk memasarkan barangan sekiranya skop perniagaan mereka kecil.

“Mereka tidak dapat memasarkan barangan mereka ke supermarket dan hypermarket juga kerana kaedah atau syarat penjualan dan pembelian yang ketat dikenakan kepada peruncit hypermarket. Disebabkan itu banyak barang keluaran peniaga muslim tidak sampai ke pasaran, tersorok di kawasan berhampiran kilang sahaja .

Loading...

“Justeru, dengan wujudnya kempen BMF ini memberi harapan kepada lebih 5,000 peniaga muslim yang mengeluarkan barangan makanan sahaja. Setengah daripada mereka mungkin tidak mempunyai logo halal pun kerana untuk mendapatkan logo halal bukan usaha mudah.

“Namun mereka yakin sebagai peniaga muslim mereka mengeluarkan barangan halal. Oleh itu kempen BMF ini menemukan kedua-dua pihak, pelanggan yang memerlukan barangan halal dan peniaga muslim yang perlu memasarkan barangan halal,” katanya.

Selain itu, ketika ditanya mengenai tindakan pemimpin Melayu yang mempertikaikan malah ada yang turut menghalang penganjuran kempen BMF di kawasan masjid, Prof Barjoyai berkata, tindakan mereka mungkin memikirkan dalam ruang lingkup semasa sahaja.

“Mereka sebenarnya takut isu (kempen BMF) ini menjadi isu perkauman serius yang boleh menyebabkan satu masalah besar kepada negara,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...