
Haniff Khatri
كيمڤين ڤرن چالون ڬاڬسن بيبس اكن دكنداليكن سيكريتاريات د ملاك، بوكنڽ ڤياڬم رعيت
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
KENYATAAN MEDIA PIAGAM RAKYAT :
1. Rujukan dibuat kepada Sidang Media Gagasan Bebas Piagam Rakyat pada 05.11.2021 dan Laporan Utusan Malaysia 05.11.2021 bertajuk “Gagasan Bebas Piagam Rakyat bertanding PRN Melaka”.
2. Rujukan juga dibuat kepada Laporan lanjut Astro Awani dan Sinar Harian, bertarikh 08.11.2021 dan bertajuk “PRN Melaka: 15 calon Bebas ‘bersatu’ bawah Gagasan Bebas”, masing-masing.
3. Piagam Rakyat mengucapkan tahniah dan syabas kepada kesemua Calon Gagasan Bebas berkenaan, di atas kesediaan dan kesukarelaan mereka untuk menandatangani Akuan Bersumpah dan dokumen-dokumen berkaitan, yang mengandungi Akujanji Sukarela seperti yang ditegaskan dan disediakan oleh Piagam Rakyat bagi tujuan mengembalikan kredibiliti dan keyakinan Rakyat kepada sistem pilihanraya dan sistem tadbir urus negara dan negeri, yang juga adalah antara tunjang utama falsafah perjuangan Piagam Rakyat.
4. Akuan Sumpah berkenaan adalah mengikat secara “kontrak unilateral” akan Akujanji Calon Gagasan Bebas dengan para pengundi, dan jika dimungkiri, boleh dan wajar dikuatkuasakan di sisi undang-undang melalui tindakan sah para pengundi berkaitan di Mahkamah.
5. Namun, perlu diumumkan dan dinyatakan bahawa mulai dari hari ini, 09.11.2021, Piagam Rakyat tidak mempunyai penglibatan rasmi lanjut, dengan proses pengendalian kempen kesemua Calon Gagasan Bebas sehingga tamat PRN-15 Melaka kelak di atas kekhuatiran kekangan yang tidak selari dengan kelangsungan lanjut falsafah perjuangan Piagam Rakyat.
6. Walhal, urusan rasmi kempen Pilihanraya Calon Gagasan Bebas adalah kini terletak di bawah sebuah Sekretariat yang berpusat di Melaka, tanpa penglibatan lanjut Piagam Rakyat.
7. Akhir kata, Piagam Rakyat mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua Calon Gagasan Bebas dalam perjuangan mereka untuk dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka kelak, dan terus berjuang untuk membaik pulih sistem tadbir urus negeri dan politik kepartian, demi kesejahteraan rakyat dan negeri Melaka.
BEBAS BUKAN BEBAS SEMBARANGAN!
BEBAS INI BEBAS BERGAGASAN, BERWAWASAN!
BEBAS INI KE ARAH KESEJAHTERAAN!

