
كيمڤين سليم: چرامه ڤردان محضير چاتت سجاره، دبنجيري 3،000 ورڬ فيلدا، ڤندودوق سليم
Kampung FELDA Trolak Utara di Sungkai, Perak semalam dilanda gelombang Kuasa Ketiga apabila dibanjiri lebih 3,000 penduduk setempat dan warga pekan Slim River untuk bersama-sama memeriahkan Ceramah Perdana anjuran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
Ceramah tersebut diadakan bagi meraikan calon PEJUANG Amir Khusyairi bin Mohamad Tanusi yang bakal bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Slim Sabtu ini, bersamaan 29hb Ogos 2020.
Ketika menyampaikan ucapan, Mahathir mengaku sayangkan UMNO tetapi berkata parti yang disayanginya itu sudah tidak wujud lagi kerana UMNO yang ada kini jauh tersasar dari landasan perjuangan asal, bukannya macam UMNO dulu.
Menurut Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang pada satu ketika dulu bersumpah tidak akan bekerjasama dengan UMNO kini bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang disabit kesalahan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa.
TROLAK UTARA: Kampung FELDA Trolak Utara di Sungkai, Perak semalam dilanda gelombang Kuasa Ketiga apabila dibanjiri lebih 3,000 penduduk setempat dan warga pekan Slim River untuk bersama-sama memeriahkan Ceramah Perdana anjuran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
Ceramah tersebut diadakan bagi meraikan calon PEJUANG Amir Khusyairi bin Mohamad Tanusi yang bakal bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Slim Sabtu ini, bersamaan 29hb Ogos 2020.
Suasana majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad, presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Agung PEJUANG, Senator Datuk Wira Haji Marzuki Yahya
Turut hadir isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Ali, mantan menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan beberapa tetamu kehormat lain, termasuk tujuh individu yang masih bergelar pemimpin bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kelihatan menyokong calon PEJUANG.
Ketika menyampaikan ucapan, Mahathir mengaku sayangkan UMNO tetapi berkata parti yang disayanginya itu sudah tidak wujud lagi kerana UMNO yang ada kini jauh tersasar dari landasan perjuangan asal, bukannya macam UMNO dulu.
Menurut Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang pada satu ketika dulu bersumpah tidak akan bekerjasama dengan UMNO kini bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang disabit kesalahan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa.
“Dia (Muhyiddin) meyakinkan saya bahawa dia memang berjuang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kononnya Datuk Seri (Najib) sudah lari daripada perjuangan.
“Dan saya percaya, saya percaya kepada Muhyiddin dan menubuh parti Bersatu bersama dengan Muhyiddin dan beberapa rakan yang lain.
“Selepas menubuhkan Bersatu, kita pergi ke seluruh negara berkempen untuk menjatuhkan parti UMNO pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Mahathir.
Menurutnya, ramai sudah melihat klip video di mana Muhyiddin berjanji tidak akan kembali kepada UMNO walaupun apa pun yang berlaku.
“Tetapi apabila kita menang, perjuangan Muhyiddin beralih daripada usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib kepada usaha untuk menghidupkan semula Datuk Seri Najib dengan UMNO.
“Ini sudah lari daripada perjanjian Muhyiddin kepada rakyat.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
