TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raggie Jessy Rithaudeen
كناڤ انور، د ڤورت دچك ساون تق اد بالاي ڤوليس
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau masih belum membuat laporan polis berhubung audio tular yang mengaitkannya dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau baru balik dari Port Dickson.
“Soal laporan (polis) memang belum, sebab saya baru balik dari Port Dickson,” katanya menjawab gesaan beberapa pihak supaya beliau segera membuat laporan polis.
“Sekarang kita fikir, sekarang serius, apa isu dia? Isunya, nak alih isu yang tular sekarang, (iaitu) penggantungan Parlimen dan pengabaian dasar dan nasib rakyat.
“Ini yang dia nak alih. Lantas, audio itu menjadi satu keutamaan. Apa masalah dia?” tegasnya
Saya hendak bertanya, di Port Dickson tidak ada balai polis ke? Bukankah Anwar mendakwa audio itu palsu dan bertegas ingin buat laporan polis?
Menurut Anwar, kalau betul sekalipun beliau berbual dengan Zahid, tidak ada masalah kerana tidak berlaku unsur jenayah atau khianat.
“Kalau betul.. kalau betul.. apa masalahnya? Ada khianat di situ? Ada rasuah di situ? Ada kesalahan jenayah? Tidak ada.”
Ini kenyataan palsu.
Hakikatnya, jika benar perbualan itu, ianya jelas menunjukkan kelakuan khianat Zahid terhadap UMNO dan Anwar terhadap Pakatan Harapan.
Semalam, saya menulis:
Sesiapa yang mendengar klip tersebut akan mendapati ianya bertepatan dengan apa yang saya dedahkan selama ini, iaitu Zahid hanya berpura-pura untuk bersetuju dengan segala desakan para perwakilan UMNO dan akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO.
Dengan terbongkarnya klip perbualan Anwar dan Zahid, akar umbi UMNO dapat menilai sendiri kesahihan pendedahan saya berhubung penipuan Zahid terhadap para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO.
Sudah pasti perkara ini akan memarahkan lagi kepimpinan bahagian dan cawangan, termasuk 12-14 peratus yang masih lagi menyokong Zahid.
BACA PEMBONGKARAN PENUH DI SINI
Menurut Anwar lagi, banyak audio dan video lain yang tular sebelum ini, yang secara jelas mempersoal isu prinsip.
“Siapa tak dengar lagi audio Tan Sri Muhyiddin yang kaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, kaitkan akan beri jawatan menteri dan GLC kepada UMNO?
Betul, saya setuju.
Klip audio dengan suara mirip Muhyiddin mencadangkan berlaku sogokkan jawatan dan kuasa untuk ‘membeli’ kesetiaan ahli-ahli parlimen UMNO.
Jadi kenapa Anwar tidak membuat laporan polis serentak? Kenapa, di Port Dickson tidak ada balai polis ke?
Leceh la kalau begitu…negara dah merdeka 64 tahun tetapi masih belum ada balai polis kat Port Dickson…ceh…
Tipah tertipu…
WAJIB BACA:
Najib cemas dengan pendedahan audio Zahid-Anwar (Pendedahan)
