Kenapa Arab Saudi pun nak implement GST? 

Hilary Lim

Kenapa Arab Saudi pun nk implement GST? 

Sebab nak tambah pendapatan negara.

Duit jual minyak tak cukup ke?

Cukup tapi keuntungan tak menentu. Kalau dapat tambah pendapatan lagi best. Boleh kurangkan peratusan GDP. Boleh tambah kemudahan utk rakyat dan negara.

Kenapa tak menentu?

Bukan Arab Saudi je pengeluar minyak. Banyak negara skrg dah jumpa minyak. Kalau banyak negara jual minyak, jatuh la harga minyak. Kuranglah pendapatan negara.

Kenapa GST bukan SST?

Sbb kalau SST, kita kutip cukai dari pengeluar. Lps tu dia akan tambah nilai cukai yang dibayar pada harga jualan. Maknanya pembeli je la yg membayar cukai. Terpaksalah letak tinggi peratusan cukai. Sbb bukan ramai sangat yang membayar cukai. Mcm tu tak membantu la collection utk pendapatan negara.

Kalau GST pula, semua lapisan akan bayar cukai. Kalau semua orang bayar cukai, bolehlah minimum kan peratusan cukai biar tak membebankan rakyat. Walaupun sikit, tapi kalau dikutip dari semua lapisan, kan banyak jadinya. Kutip sikit sikit lama2 jadi bukit.
Lebih hasil, lebih untuk rakyat

Comments

Comments