Kenapa BN boleh bagi subsidi haji, PH tidak?

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan akan mengurangkan subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji dengan menggunakan konsep “Istito’ah”. Sumber (gambar): mStar

Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (Ikatan) mengecam Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang didakwa menggunakan istilah Arab dan bermain dengan kata-kata sahaja untuk melaksanakan pengurangan subsidi kepada bakal jemaah haji.

“Bagaimanakah pak cik dan mak cik di kampung hendak mengumpul RM 22,900 di waktu keadaan ekonomi Malaysia sendiri makin tenat dengan kos sara hidup makin melambung tinggi.

“Jika pak cik dan mak cik berjimat dan menyimpan sebanyak RM 100 sebulan, mereka memerlukan masa menyimpan selama 229 bulan atau 19 tahun!,” Ketua Dewan Pemuda Ikatan, Shahril Adnan, dalam satu kenyataan hari ini.


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (Ikatan) mengecam Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang didakwa menggunakan istilah Arab dan bermain dengan kata-kata sahaja untuk melaksanakan pengurangan subsidi kepada bakal jemaah haji.

Selama ini, rakyat hanya membayar RM9,980 berbanding kos sebenar RM22,900 untuk membolehkan mereka mengerjakan ibadah rukun Islam kelima itu.




Ketua Dewan Pemuda Ikatan, Shahril Adnan berkata, jika dahulu kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjaga kebajikan
umat Islam, kenapa hari ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula membebankan.

Lantaran itu beliau menggesa kerajaan memperhalusi balik keputusan ini kerana keputusan sebegini menekan rakyat.

“Bagaimanakah pak cik dan mak cik di kampung hendak mengumpul RM 22,900 di waktu keadaan ekonomi Malaysia sendiri makin tenat dengan kos sara hidup makin melambung tinggi.

“Pak cik dan mak cik di kampung juga tertekan dengan penurunan harga getah dan kelapa sawit yang mencari punca mata pencarian mereka.

“Jika pak cik dan mak cik berjimat dan menyimpan sebanyak RM 100 sebulan, mereka memerlukan masa menyimpan selama 229 bulan atau 19 tahun!,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan akan mengurangkan subsidi Lembaga Tabung Haji (TH) ke atas jemaah haji dengan menggunakan konsep “Istito’ah”.

Konsep berkenaan diperkenalkan bagi mengurangkan bantuan TH kepada jemaah yang akan mengerjakan haji.

Loading...

Istito’ah bermaksud seseorang hanya boleh pergi haji dalam keadaan yang mampu.

Shahril berkata, subsidi perlu terus diberikan kepada rakyat Malaysia untuk pergi mengerjakan haji pertama.

“Itulah yang dinamakan kerajaan berkebajikan. Banyak aset TH yang sudah diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas (SPV). Ke manakah perginya apa jua pulangan dan keuntungan daripada dasar penstrukturan semula aset-aset TH ini hingga kerajaan masih mahu memeras segalanya daripada rakyat?

“Dewan Pemuda Ikatan Malaysia sekali lagi menggesa YB Menteri memperhalusi kembali keputusan memotong subsidi haji demi menjaga kebajikan rakyat, dalam kes ini rakyat yang beragama Islam,” ujarnya.

Source:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...