Kenapa “kenyataan media” Menteri Pendidikan hanya dalam Bahasa Cina?

Dato’ Seri Wee Ka Siong

Menurut rakan-rakan media, Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee hanya mengeluarkan kenyataan media yang menyentuh isu “peruntukan kerajaan untuk sekolan persendirian Cina” dalam Bahasa Cina sahaja, sebagai tambahan kepada jawapan bertulis pertanyaan lisan saya di Dewan Rakyat. Keadaan ini sangat menakjubkan!




Sebagai seorang Menteri, Dr. Maszlee tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan media berbahasa Cina sahaja memandangkan ianya bersangkut-paut dengan urusan parlimen.

Kenapa perlu berbuat demikian?

Ini adalah perkara serius yang merupakan penjelasan kepada jawapan asal di Parlimen di mana penjelasannya membawa maksud yang bercanggah dengan jawapan asal yang dibentangkan.

Tindakan sebegini tidak selaras dengan polisi untuk memartabatkan Bahasa Kebangsanan, malahan ianya juga disifatkan sebagai tidak menghormati Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa rasmi kerajaan.

Yang peliknya kenapa YB Menteri Pendidikan tidak berani membuat kenyataan rasmi dalam Bahasa Malaysia atau memperbetulkan jawapan di parlimen melalui kaedah terbaik iaitu mengemukakan Pernyataan Menteri “Minister’s Statement” dalam Bahasa Malaysia di Dewan Rakyat?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...