Kenapa Pakatan Harapan macam gila talak?

Pakatan Harapan sememangnya susah hati sekiranya Umno dan PAS bekerjasama. Sumber (gambar): Selangorkini

Salleh SD

Kenapa Pakatan Harapan susah hati sangat sekiranya Umno dan PAS bekerjasama? Bukan ke ini dipanggil demokrasi? Nampaknya Pakatan Harapan hanya mengamalkan sistem demokrasi untuk diri mereka sendiri sahaja.

Didalam sistem demokrasi semua bebas untuk bekerjasama dengan sesiapa yang mereka pilih. Di dalam Perlembagaan Malaysia ini disebut sebagai freedom of association. Jadi kenapa pula hendak sekat PAS dan Umno untuk mengamalkan demokrasi dan menentukan hak mereka?

Pribumi, Amanah, DAP dan PKR juga bebas untuk memilih rakan seperjuangan mereka. Pas dan Umno tidak pun cuba untuk menyekat malah menggangu Pakatan Harapan dari mengamalkan demokrasi dan hak mereka.


PAS dan Umno menghormati hak demokrasi Pakatan Harapan didalam memilih rakan untuk bekerjasama. Ini yang kita panggil demokrasi. Iaitu kebebasan untuk memilih rakan seperjuangan.

Pakatan Harapan menuntut hak demokrasi untuk diri mereka. Tetapi orang lain tidak diberikan hak demokrasi. Inilah sikap dan perangai Pakatan Harapan. Mereka sahaja yang berhak. Orang lain pula tidak berhak. Dan mereka berusaha untuk menentang atau menyekat hak-hak orang lain ini.

Husam Musa kata dia melihat cek RM90 juta itu

Tak habis-habis ulang cerita RM90 juta, cerita yang memang tidak masuk akal. Kalau nak fitnah pun, biarlah logik dan diterima akal. Ini tak logik langsung.

Kata ada saksi yang melihat cek yang bernilai RM90 juta itu wujud. Dalam penyata bank tidak pula menunjukkan adanya transaksi tersebut. Ada pula yang meminta pihak tertuduh untuk kemukakan bukti padahal bukan tanggungjawab tertuduh untuk membuat demikian. Tertuduh tidak perlu bukti apa-apa. Yang menuduh perlu membuktikan tuduhan itu tanpa ragu-ragu. Kalau ada ragu, maka yang dituduh perlu dibebaskan. Inilah hakikatnya yang sebenar.

Ingat RM90 juta itu sikit ke dan ingat senang ke nak menyorokkan amaun RM90 juta? Kalau betul Umno membayar PAS RM90 juta, seluruh bank akan tahu, bukan sahaja bank cawangan malah sampaikan ke Bank Negara pun tahu tentang transaksi tersebut. Bukan setakat itu sahaja, buktinya akan viral satu dunia hingga ke hari ini. Sedangkan bangkai gajah pun tak boleh nak sorok. Inikan pula RM90 juta yang seumpama 90 bangkai gajah. Orang bodoh sahaja yang akan percaya bahawa Umno bayar PAS RM90 Juta. Orang waras akan fikir betapa bodohnya cerita ini sebab bukti memang tidak ada.

Senang ke nak sorok RM90 juta?

Jika Pakatan Harapan mempunyai banyak masa yang terluang, dari mengarang cerita yang tidak logik dan tidak masuk akal, sepatutnya mereka berusaha untuk menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. Ini pula menghabiskan masa menyibuk tentang hal-hal parti yang lain. Umno dan PAS tidak ada kena-mengena pun dengan Pakatan Harapan. Jadi janganlah sibuk jaga tepi kain orang lain.

Pakatan Harapan ini sudah macam gila talak. Nampaknya mereka masih rindukan Umno dan PAS. Itu lah, lain kali fikir masak-masak sebelum ceraikan dengan talak tiga. Sekarang kan ke dah susah bila Umno dan PAS bertemu mata dan ber ‘dating’? Ini baru dating pun Pakatan Harapan sudah sakit hati. Belum Umno dan PAS berkahwin lagi. Kalaulah Umno dan PAS berkahwin macam mana pula? Pakatan Harapan sakit jantung kot.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...