
ءكناڤ ساي نق ڬونا ڤتوڬس عوام اونتوق داڤت سوڬوكن اڤابيلا ساي تيدور دڠن ڤي عيمء – روسمه
Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tidak masuk akal beliau menggunakan petugas awam untuk mendapatkan wang sogokan bagi projek pembangunan ketika suaminya Najib Razak menerajui kerajaan.
“Kenapa saya nak berbuat demikian (guna petugas awam) apabila saya tidur dengan Perdana Menteri (ketika itu),” kata beliau apabila disoal oleh peguamnya Akberdin Abdul Kader.
Rosmah, yang melengkapkan keterangannya hari ini, menafikan beliau menggunakan Rizal bagi pihaknya kerana individu itu sekadar penjawat awam.
Katanya, Najib, yang menjadi Perdana Menteri dari April 2009 hingga Mei 2018, sering memberi amaran kepadanya supaya tidak berunding dengan kontraktor yang mahu mendapatkan projek kerajaan.
KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tidak masuk akal beliau menggunakan petugas awam untuk mendapatkan wang sogokan bagi projek pembangunan ketika suaminya Najib Razak menerajui kerajaan.
“Kenapa saya nak berbuat demikian (guna petugas awam) apabila saya tidur dengan Perdana Menteri (ketika itu),” kata beliau apabila disoal oleh peguamnya Akberdin Abdul Kader.
Rosmah berkata demikian apabila peguambelanya meminta penjelasan berhubung dakwaan pendakwaan bahawa beliau menggunakan bekas pembantunya, Rizal Mansor, untuk berunding dengan sebuah syarikat bagi memperoleh wang sogokan.
BACA JUGA: RAKYAT TUNGGU PENJELASAN ISMAIL SABRI
Pihak pendakwaan dikatakan menuduh Rosmah menggunakan Rizal untuk mendapatkan dan memperoleh sogokan daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang.
Rosmah dituduh meminta rasuah berjumlah RM187.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal sebagai imbuhan untuk membantu Jepak Holdings mendapatkan projek solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.
Beliau turut didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta, iaitu RM1.5 juta daripada Saidi di kediaman peribadinya di Langgak Duta pada 7 Sept 2017 serta RM5 juta lagi menerusi Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Dis 2016.
Rosmah, yang melengkapkan keterangannya hari ini, menafikan beliau menggunakan Rizal bagi pihaknya kerana individu itu sekadar penjawat awam.
Katanya, Najib, yang menjadi Perdana Menteri dari April 2009 hingga Mei 2018, sering memberi amaran kepadanya supaya tidak berunding dengan kontraktor yang mahu mendapatkan projek kerajaan.
“Beliau mahu saya hanya menumpukan aktiviti kebajikan,” katanya sambil menambah Najib berlemah lembut ketika memberikan peringatan itu.
Rosmah berkata, beliau tidak pernah campur tangan dalam proses membuat keputusan bagi mana-mana pihak yang mahu memenangi projek pembangunan kerajaan.
“Najib turut mengingatkan saya agar tidak masuk campur kerana saya adalah isterinya.
“Tambahan pula, saya tidak mempunyai kapasiti dan kuasa. Saya tidak mahu menimbulkan kemarahan Najib dengan campur tangan dalam urusan kerajaan,” katanya ketika disoal Akberdin berhubung pendirian pendakwaan bahawa beliau menggunakan pengaruhnya dalam projek solar terbabit.
Rosmah berkata, Najib, yang juga Menteri Kewangan, mematuhi peraturan Perbendaharaan dan kementerian dalam pemberian projek kerajaan.
Beliau berkata, Rizal bersama bekas Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Madinah Mohamad dan Alias Ahmad, yang perlu didakwa, bukan dirinya.
“Sebaliknya, saya dijadikan kambing hitam apabila mereka menuding jari kepada saya. Akhirnya, saya didakwa dengan rasuah dan pengubahan wang haram,” katanya.
Rosmah, yang sering menyasarkan Rizal, berkata bekas pembantunya itu pada mulanya dituduh bersama dirinya, namun pihak pendakwaan kemudian melepaskannya.
“Mereka menggugurkan pertuduhan itu dan memberinya pelepasan sehingga ke pembebasannya. Beliau kemudian menjadi saksi utama dan memberi keterangan terhadap diri saya.”
Beliau mendakwa Rizal “penipu” dan berkonspirasi dengan pihak pendakwaan untuk menyelamatkan diri.
Katanya, Rizak mengambil RM500,000 daripada Saidi dan menunaikan umrah bersama ahli keluarganya.
“Saya juga tertanya-tanya dari mana dia dapat wang untuk bercuti.”
Katanya, Alias menyalahgunakan kuasanya dengan mengubah klausa dalam kontrak yang diberikan kepada Jepak, sekaligus merugikan kerajaan.
Rosmah berkata, Mahdzir membawa orang luar yang tidak mempunyai kaitan dengan projek itu menyertai perbincangan di kementeriannya.
“Menurut laporan media, beliau dituduh namun berunding dengan pendakwa raya ‘ad-hoc’ (Gopal Sri Ram) untuk menyelamatkan diri.”
Beliau berkata, Madinah mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek itu, sehari sebelum bersara kerana beliau juga mempunyai kepentingan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 10 Jan depan.
Sumber:
WAJIB BACA:
BANJIR 2021: SAYA TERKEJUT DENGAN PENDEDAHAN MB SELANGOR, TAK SANGKA PM BOLEH ‘LEPAS TANGAN’
