Kenyataan Ahmad Maslan mengejutkan, tidak hormati undang-undang langsung

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

كڽاتأن احمد مسلن مڠجوتكن، تيدق حرمتي اوندڠ-اوندڠ لڠسوڠ

Inilah masalah dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang senantiasa tidak menghormati undang-undang dan cuba salah guna kuasa.

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan amat mengecewakan keseluruhan rakyat Malaysia kerana beliau tunjuk teladan yang tidak baik sama sekali.

Mana boleh orang mencuri berbilion ringgit Datuk Seri Ahmad Maslan mengharapkan kes-kes perbicaraan mereka digugurkan begitu saja!




Ini membuktikan secara jelas Datuk Seri Ahmad Maslan tidak menghormati undang-undang dan proses keadilan di mahkamah.

Apakah rakyat Malaysia masih buta mata serta buta hati? Lihat secara rapi gelagat pemimpin-pemimpin umno yang senantiasa mahu salah guna kuasa di negara kita.

Apakah pemimpin-pemimpin serta parti korup begini yang rakyat hendak sokong?

Sebab itu presiden umno paling haprak mahu menunggang parti umno untuk jatuhkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN seterusnya sokong penyangak Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri Malaysia.

Satu perjanjian sudah dicapai kata sepakat dengan anwar ibrahim untuk membebaskan segala pertuduhan di mahkamah keatas Najib Razak serta Zahid Hamidi sekiranya kedua pemimpin kleptokrats ini berjaya menyokong anwar ibrahim bagi jawatan nombor satu negara.

Inilah tahap kualiti pemimpin-pemimpin kleptokrats umno dan penyangak Anwar Ibrahim. Kalangan ini tidak pedulikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat!

Yang pentingnya mereka terus berebut kuasa tanpa peduli tempoh pandemik Covid asalkan masing-masing mencapai matlamat agenda kepentingan diri sendiri.

Loading...

Keseluruhan rakyat Malaysia wajib tolak pemimpin-pemimpin kleptokrats dan penyangak anwar ibrahim pada PRU15 nanti.

Mereka itu adalah kalangan perosak bangsa, agama serta tanahair kita yang tercinta ini!!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...