“…ketidakpastian SC menimbulkan kemungkinan suruhanjaya itu tidak memiliki kepakaran atau kemampuan sepenuhnya untuk memastikan samada Azam Baki benar-benar melakukan kesalahan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA)”
Raggie Jessy Rithaudeen
كڽاتأن عزم باكي بهاوا سوروهنجاي سكوريتي منداڤتي بلياو ءتيدق لاكوكن كسالهنء اداله ڤلسو
Kenyataan Tan Sri Azam Baki kononnya Suruhanjaya Sekuriti (SC) mendapatinya tidak bersalah adalah satu kekhilafan, dan mungkin juga satu usaha untuk mengelirukan rakyat dengan memalsukan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan oleh SC.
Menurut kenyataan asal SC, siasatannya tidak menemui kepastian muktamad bahawa Azam Baki melakukan kesalahan berhubung isu pemilikan saham dalam syarikat tersenarai pada 2015-2016.
Dalam kenyataan ringkas, SC mendakwa ia telah menjalankan siasatan, dan berdasarkan bukti yang ada, “SC tidak dapat memastikan secara konklusif berlaku kesalahan bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).”
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Ini tidak membawa maksud SC mengesahkan “tiada kesalahan” dilakukan oleh Azam Baki, sepertimana yang didakwa oleh Azam Baki sendiri.
BACA JUGA: RAHSIA DI SEBALIK DESAKAN KLUSTER MAHKAMAH AGAR PRU15 DISEGERAKAN
Sebaliknya, kenyataan SC boleh membawa banyak maksud, termasuk kemungkinan SC menemui perkara yang meragukan tetapi tidak dapat “memastikan secara konklusif ianya salah bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).”
Apa pun, amat pelik bagi sebuah suruhanjaya seperti SC membuat kenyataan samar sebegini.
Ketidakpastian yang dipamerkan menerusi kenyataannya menimbulkan kemungkinan bahawa SC tidak memiliki kepakaran atau kemampuan sepenuhnya untuk memastikan samada Azam Baki benar-benar melakukan kesalahan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).
Justeru, kenyataan SC boleh disifatkan sebagai satu alasan kukuh kenapa perlu ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Khas bagi menyiasat Azam Baki, dan kenapa beliau perlu direhatkan dengan kadar segera agar siasatan bebas dapat dijalankan.
WAJIB BACA:
Loading...
