Kenyataan Dato Sharkar Shamsudin lambang kegilaan UMNO

Khairuddin Abu Hassan

كڽاتأن داتوء شركر شمس الدين لامبڠ كڬيلأن امنو

Saya amat kesal dengan kenyataan YB Dato Sharkar Shamsudin yang melambangkan betapa rakusnya pemimpin-pemimpin UMNO untuk mendapatkan kuasa tanpa mempedulikan risiko pada keseluruhan rakyat Malaysia.

Ramai pemimpin UMNO hanya mementingkan kuasa yang akhirnya mereka salah gunakan untuk agenda kepentingan peribadi semata-mata.




Rakyat Malaysia kena teliti kenyataan dan sikap yang dipamerkan oleh YB Dato Sharkar Shamsudin yang sedikit pun tidak mempunyai nilai pertimbangan untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Jabatan Kajicuaca dan Kedutaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran dan peringatan banjir berskala besar bakal melanda tanahair hujung tahun ini.

Sepatutnya kerajaan yang dipimpin oleh UMNO pada hari ini bercakap mengenai melaksanakan persediaan menghadapi banjir demi menjaga keselamatan semua mangsa-mangsa banjir kelak.

Kerajaan kleptokrasi 2.0 harus mengumpul dan kerah aset-aset untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Kesediaan serta berada dalam keadaan kesiap-siagaan secara komprehensif sangat diperlukan untuk melindungi nyawa rakyat dari terkorban pada angka yang tinggi.

Dahulu pada tahun 1990an sekiranya bercakap mengenai banjir hanya berlaku di kawasan-kawasan Pantai Timur saja.

Tetapi kerana disebabkan oleh perubahan iklim pada hari ini musim tengkujuh bakal melanda di Pantai Barat juga.

Loading...

Jabatan Kajicuaca sudah mengeluarkan amaran bahawa musibah banjir pada tahun ini akan berlaku secara lebih besar dari tahun-tahun yang lepas.

Sepatutnya kerajaan kleptokrasi 2.0 telah bersiap sedia secara rapi serta sistematik bagi menghadapi musibah banjir bukan bercakap pasal hendak adakan pilihanraya.

UMNO dan pemimpin-pemimpinnya mesti ditolak secara total dalam PRU15 ini agar negara kita tidak lagi dibelenggui serta dirosakkan secara lebih teruk oleh puak kleptokrats ini.

Puak kleptokrats UMNO lah yang bertanggungjawab merosakkan bangsa dan negara kita.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...